BTC USD 65,446.6 Gold USD 2,308.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah cg di serang ddos...

Sponsored Post

DoS dan DDoS sebelum meperkenalkan apa itu DoS dan DDoS ingin dinyatakan di sini serangan DDoS bukanlah akibat dari virus tetapi ia merupakan satu cara bagi “Hackers” untuk mengelak atau menghalang pengguna yang sah dari mengakses ke computer atau server… DoS adalah singkatan kepada Denial of Service manakala DDoS adalah bermaksud Distributed Denial of Service..
kebiasaannya, pengguna hanya perlu menghantar pesanan kepada pelayan untuk mendapatkan pengesahan. Setelah disahkan, pelayan akan menghantar pengesahan kepada pengguna semula. Setelah itu barulah pengguna diberi laluan ke pelayan…

tapi bila serangan DoS berlaku, penyerang akan menghantar beberapa pesanan pengesahan kepada pelayan dengan alasan untuk memenuhi ruang pelayan tersebut. Kesemua pesanan akan mempunyai alamat yang palsu apabila cuba dikembalikan, jadi pelayan akan cuba mencari pengguna-pengguna ini terlebih dahulu apabila ia cuba mengembalikan pengesahan pesanan tadi. Seterusnya pelayan akan berhenti seketika sehingga memakan masa beberapa minit sebelum menutup sambungan tersebut. Setelah selesai menutup sambungan tersebut, penyerang akan menghantar lagi beberapa pesanan palsu sekali lagi dan proses akan bermula sekali lagi. Sekaligus akan mengikat perkhidmatan tersebut tanpa putus-putus

contohnyeeeeee

Ada la sorang awek ni nak takel Ahmad ni. Nama dia Siti. Oleh sebab syok sangat ngan Ahmad ni Siti pun call la Ahmad. Bila telefon ahmad bunyi jer Ahmad pun angkat telefon.. tapi Siti diam jer, malu2 kucing la pulak. pastu Siti letak.. dan dia ulang banyak2 kali sampai la Ahmad ni dah penat.. tenaga pun dah takde… asyik angkat telefon tapi takde orang cakap.. oleh sebab penat, Ahmad pun berehat nak ilangkan penat… Pada masa yang sama Siti tu terus menerus calling Ahmad tu isnin-Ahad, 24 jam, seribu kali sehari. Ntah macam mana kawan Ahmad nama nya Ali nak mintak Ahmad duit yang Ahmad hutang. so Ali pun call Ahmad… tapi yang peliknya tiap kali Ali call jer.. kuar suara awek cakap ” Line is busy, please try again later”… ceh kata Ali dalam hati… ni mesti tak nak bayar duit aku la ni…
+hehhe.. tu jer la yang aku paham… so kiranya Siti ni la yang buat DOS kat Ahmad… sampai member dia Ali tak dapat nak kutip duit… kalau dalam bahasa komputer Siti ni macam hacker la..
kalo untuk DDoS plak.. anggap la selain siti, Ahmad ada lebih ramai lagi peminat macam Aminah,Jenny,Suraya,Kalsum dan lain-lain… pastu mereka semua melakukan aktiviti yang sama seperti Siti lakukaan di atas.. hohooh maka terjadi la DDoS attack..



http://topotato.com
tQ kongsi info
baru wak tahu ilmu siti tu tinggi:)):))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register