BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Q & A Adakah Anda Akan Beli iPhone 6?

Berminat beli iPhone 6?


  • Total voters
    0

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
1. Boleh baca dahulu lampiran dibawah ada sedikit info mengenai iPhone sekarang ni.
2. Boleh buat undian di atas.
3. Kalau nak post, sila tuliskan tuan/puan guna HP atau smartfon apa sekarang ini.


iphone-6-bila-keluar-trendingmalaysia.jpg


Ramai peminat produk Apple dan iOS tertanya-tanya bilakah iPhone 6 akan keluar dan semestinya masuk pasaran Malaysia secara sah.

Kegagalan produk iPhone 5s dan iPhone 5c di pasaran dunia beberapa tahun lepas menyebabkan para penggemar Apple ternanti-nanti keluaran iPhone 6 ini.

Manakala smartfon jenama OEM Android yang lain bercakaran merebut bahagian pasaran masing-masing tetapi diungguli oleh OS Android dan jenama Samsung.

os-smartphone-market-share-2009-2013-trendingmalaysia.jpg


OS Android menunjukkan peningkatan yang sangat positif di carta dunia semenjak pelancarannya pada tahun 2009 sehingga hujung tahun 2013.

Manakala iOS ada tanda atau trend penurunan semenjak akhir tahun 2011 kerana kegagalan produk yang menggunakan iOSnya.

brand-smartphone-market-share-2013-2014-trendingmalaysia.jpg


Manakala carta jenama dunia pilihan juga sudah dirampas oleh Samsung. Perbezaan jualan Apple dan Samsung adalah sebanyak 50% pada setiap bulan.

Apple hanya dapat meningkatkan jualannya pada bulan Disember 2013 sempena jualan sambutan X-Mas selepas itu jualan jatuh merudum semula.

Oleh itu pihak pengurusan Apple tengah menggigit jari mengharap mereka dapat meningkatkan semula jualan smartfon mereka. Cita-cita untuk merampas kembali kuasa menjadi smartfon #1 dunia amat tipis setelah tewas kepada Samsung dengan OS Android.

Hanya pimpinan inovasi dan kreativiti mendiang Steve Jobs yang dapat mengubah semula kedudukan Apple. Pihak pengurusan Apple sekarang hanya menumpukan sepenuh tenaga untuk memegang tampuk #1 di USA dan menjadi juara kampung.

usa-smartphone-market-share-2014-trendingmalaysiia.jpg


Walaupun sistem operasi iOS tewas dengan sistem operasi OEM Android, tetapi Apple masih memegang pasaran untuk jenama #1 di Amerika seperti yang ditunjukkan pada carta di atas untuk awal tahun 2014.

Oleh itu Apple akan terus mengemaskini iOS supaya ia berdaya saing dengan Android, tetapi masih memastikan bahawa iOS barunya itu serasi dengan gajet-gajet lama dipasaran.

ios8-compatible-iphone-trendingmalaysia.jpg


Keserasian iOS 8 hanya untuk iPhone 4S dan ke atas. Pemilik iPhone 4 pasti kecewa. Manakala cuma iPod generasi ke-5 sahaja yang disokong oleh iOS 8.

ios8-compatible-ipad-trendingmalaysia.jpg


iOS 8 pula serasi untuk semua iPad generasi ke 2 dan ke atas.

Bilakah pelancaran sistem operasi dan smartfon terbaru Apple ini?

Dijangkakan seperti setiap pelancaran produk baru Apple, iPhone 6 ini akan dilancarkan pada bulan September 2014 yang akan datang, serasi dengan kemaskini iOS 8 yang terbaru.

Pada kebiasaannya semua pengguna Apple iOS akan menerima kemaskini sistem operasi baru selepas pelancaran rasmi.

Sumber: http://trendingmalaysia.blogspot.com/2014/06/cerita-iphone-6-dan-ios8.html#axzz33facBXM0
 
Last edited:
Baru pertama kali nak test guna sistem public poll CG, kerana tu banyak kali kemaskini :)
 
aku rasa dgn persaingan sengit brand2 baru dr China ni dari segi harga dan teknologi... Brannd Apple mahu pun Samsung akan bungkus 1 hari nnt. Cth yg paling baik adalah Xiaomi dan Lenovo. Aku pernah pakai Samsung n Apple mgkn aku akan beralih ke Xiaomi Redmi Note 5.5 pasni. :))
 
aku rasa dgn persaingan sengit brand2 baru dr China ni dari segi harga dan teknologi... Brannd Apple mahu pun Samsung akan bungkus 1 hari nnt. Cth yg paling baik adalah Xiaomi dan Lenovo. Aku pernah pakai Samsung n Apple mgkn aku akan beralih ke Xiaomi Redmi Note 5.5 pasni. :))

Samsung mungkin sebab menggunakan os android yg sama seperti brand lain,kekuatan Iphone adalah menggunakan iOS,nilah satu sebab aku suka guna Iphone :)cgrock

Btw kalau ada duit lebih ingat nak upgrade iphone 6
 
Sejak Aku pakai Sony..

Hanya sekali jem..

Kalo pakai Samsung..

Seminggu ada 3 4 Kali..

Cemuih dah ngan Samsung..
 
aku rasa dgn persaingan sengit brand2 baru dr China ni dari segi harga dan teknologi... Brannd Apple mahu pun Samsung akan bungkus 1 hari nnt. Cth yg paling baik adalah Xiaomi dan Lenovo. Aku pernah pakai Samsung n Apple mgkn aku akan beralih ke Xiaomi Redmi Note 5.5 pasni. :))

Samalah kita bro :)
 
Samsung mungkin sebab menggunakan os android yg sama seperti brand lain,kekuatan Iphone adalah menggunakan iOS,nilah satu sebab aku suka guna Iphone :)cgrock

Btw kalau ada duit lebih ingat nak upgrade iphone 6

iOS ni memang paling best game dia. Siap ada game macam GTA apa entah namanya tak ingat.

Game atas Android masih game genre asas, lepas tu tak habis penuh dengan banner. Yang berbayar pun pelik masih ada banner.
 
Stakat ak beralih ke iphone5, mcm semua ok.xprnh jem lg stakat ini.jatuh pn ntah da brapa kali.siap jatuh atas jalan tar masa turun dr kreta tp alhamdulillah, masih elok.da stahun lbh pki tp lom ad apa2 mslh tp gf ak pki s2, da 3 thn.slalu la jem tp tahan jgk.bateri pn masih elok cam baru beli.

Ak tertunggu ios8 :-)
 
Back
Top
Log in Register