BTC USD 84,657.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adab Perjalanan

mosat_network

Active+ Member
Messages
3,598
Joined
Jan 13, 2011
Messages
3,598
Reaction score
398
Points
41
1. Langkah kaki keluar rumah dengan kaki kiri.

2. Baca doa keluar rumah

301550_267756519919849_194543897241112_1060795_7007342_n.jpg

Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".

3. Masuk kenderaan dengan kaki kanan disertakan doa naik kenderaan

318979_267757179919783_194543897241112_1060796_6795471_n.jpg

Maksudnya :
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali

4. Melihat ke langit sambil senyum disertakan dengan selawat ke atas Nabi.

5. Jangan lupa untuk bersedekah supaya menjadi benteng daripada musibah.

6. Banyakkan berzikir, berselawat dan beristighfar ketika ada kelapangan.

7. Panjatkan syukur kepada Allah ketika sampai ke destinasi. (sujud syukur jika boleh)

Sebenarnya banyak lagi perkara yang ada dalam adab perjalanan. Tetapi biarlah kali ini dibuat ringkas agar mudah diamalkan. Amalkan sedikit tetapi istiqamah lebih disukai Allah daripada buat banyak tetapi ditinggalkan terus kemudiannya. MOSAT NETWORK berharap semoga perjalanan anda ke kampung selamat atau berjalan menziarahi saudara mara tanpa musibah yang melanda. Mohon maaf jika nota ini lewat dikongsi kerana mungkin ada di antara anda sudah selamat sampai di kampung anda.
 
thanks...

mmg saya selalu lau naik kenderaan baca..
elok yg berhari raya...perjalanan pergi n pulang...sblom memulakan perjalanan perlu baca doa agar selamat sampai ke destinasi yg dituju
 
Back
Top
Log in Register