BTC USD 83,693.4 Gold USD 4,121.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adab Minum Rasulullah S.A.W

mded

Fun Poster
Messages
512
Joined
Nov 15, 2006
Messages
512
Reaction score
61
Points
20
by DRS. KHALIL IDHAM LIM

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
--

Sumber
 
thanks TT..info terbaik..mmg berkhasiat..
 
share minuman adalah ubat yer~ bagus! nice info
 
ada penawar disebalik sunnah Rasullullah..
 
by DRS. KHALIL IDHAM LIM

9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
--

Sumber

Yang no 9 nie yangaku susah sikit nak ikut. :">
 
Yang no 9 nie yangaku susah sikit nak ikut. :">

satu benda je leh share dari bekas mulut orang. apa lagi kalo bukan rokok. lagi2 kalo budak sekolah. sebatang leh share sampai 10 orang. hehee
pasal air sejuk tu seelok2nya minum lepas bangun tido. tak payah gosok gigi sebab air liur basi kita tu ada khasiatnya
 
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

ape explanation utk no 9 ni ek.. teringin gak nak tahu..
 
ape explanation utk no 9 ni ek.. teringin gak nak tahu..

Mengeratkan perhubungan sesama islam..Rasulullah juga mengajar supaya makan beramai-ramai dalam dulang..Duduk rapat-rapat..Supaya umat islam lebih bersatu padu dan saling menyayangi antara satu sama lain..
 
betul gak.. thanks for the info.. dlm solat pun kene rapatkan2 saf, selain baik utk mengalirkan cas2 blebihan kat bdn, supaya jadi neutral :)
 
Back
Top
Log in Register