BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada peniaga masih degil

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
JENGKA - Terdapat segelintir peniaga bazar Ramadan masih enggan meletakkan tanda harga barangan dan juadah yang dijual.

Adun Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail berkata, tindakan peniaga berkenaan menyukarkan pengunjung bazar Ramadan melakukan perbandingan harga dengan kualiti barangan lebih baik.

Menurutnya, orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan perlu bertindak sebagai pengguna bijak dan tidak membeli mengikut nafsu semata-mata sehingga berlaku pembaziran.

"Peniaga diingatkan mengutamakan kebersihan dan kualiti juadah dijual bagi memberi mudarat kepada pembeli.

"Pengunjung pula peka ketika membeli dengan memastikan sifat juadah itu masih elok kerana dibimbangi tidak boleh dimakan ketika mahu berbuka.

"Aduan boleh dibuat kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya termasuk aduan harga jualan yang tidak munasabah,"k atanya ketika meninjau aktiviti perniagaan bazar Ramadan, di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan Dalam Negeri Cawangan Temerloh, Raja Azwan Shah Raja Ahmad.

Wan Salman berkata, pemantauan oleh pegawai penguatkuasa turut membabitkan penggunaan alat timbang dan sukat rosak di mana mereka terbabit boleh didenda RM4,000 dan dipenjara tidak lebih tiga tahun.

Menurutnya, setiap peniaga pasar Ramadan perlu akur dengan peraturan yang ditetapkan bagi menjaga kepentingan pengguna.
 
tapi pasar malam pun takde tiada tanda harga...
 
Back
Top
Log in Register