BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada Apa Dengan LTAT ?

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
21.02.2024 - Beberapa hari lalu orang ramai dikejutkan dengan satu lagi peletakan jawatan pegawai kanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Secara keseluruhan setakat ini sudah ada tiga pegawai tertinggi LTAT yang mengumumkan pengunduran mereka dari entiti itu hanya dalam tempoh kurang dari sebulan. Ia bermula dengan perletakan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO), Ahmad Nazim Abd Rahman pada 31 Jan, ia diikuti pula oleh pengerusinya, Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 8 Feb 2024. Pada 19 Feb lalu Pengarah Kanan Strategik LTAT, Dayana Rogayah Omar, dilaporkan mengemukakan surat perletakan jawatannya. Pada awalnya LTAT membuat kenyataan bahawa Raja Mohamed Affandi bersara, namun perhatian bertambah ke arah lembaga itu apabila bekas panglima angkatan tentera itu sendiri menafikannya. Kata Raja Mohamed Affandi dia sebenarnya meletakkan jawatan.

85880b22d123b4f2f64738fe1f045623.jpeg


Tindakan tiga pegawai kanan LTAR itu menimbulkan persoalan apakah badan yang menguruskan tabung persaraan untuk lebih 120,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang dibelenggu krisis dalaman.


Apakah LTAT?

LTAT ditubuhkan mengikut Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 pada Ogos 1972. Ia merupakan sebuah badan berkanun yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk pegawai dan anggota pangkat lain ATM, serta anggota kerahan sukarela. Pindaan terkini kepada akta tersebut dibuat pada 1 Nov 2022. Ketika ini terdapat seramai 116,456 anggota ATM dengan 110,792 anggota aktif. Di bawah skim LTAT, pencarum dikehendaki mencarum 10 peratus daripada gaji bulanan mereka ke situ, manakala kerajaan mencarum sebanyak 15 peratus lagi. Bagi skim simpanan sukarela, mereka dibenarkan mencarum sekurang-kurangnya RM25 sebulan atau maksimum RM2,000 sebulan. Selain menerima dividen tahunan, pencarum juga menimmati faedah bayaran skim kematian dan hilang upaya. Selain itu ia juga menyediakan bantuan pengeluaran membeli rumah, pengeluaran melaksanakan haji dan pendidikan. Sehingga 31 Dis 2022 LTAT mempunyai aset sebanyak RM10.3 bilion. Pada 2022 LTAT mengisytiharkan dividen 5 peratus kepada ahlinya berbanding 4.1 peratus pada 2021, 3.5 peratus pada 2020, 2.5 peratus pada 2019 dan 2 peratus pada 2018.


Mampan 25

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan bahawa Ahmad Nazim meletak jawatan selepas berasa bimbang dengan keputusan untuk menangguhkan Pelan Strategik LTAT 2023-2025 (Mampan 25). Penangguhan itu dilaporkan berpotensi menjejaskan pelaksanaan dan menimbulkan risiko besar kepada kunci kira-kira LTAT. Selain itu, langkah tersebut juga dibimbangi memberi kesan kepada keupayaan LTAT memenuhi sasaran dividen minimum untuk 2023.

e245f12044138882b5f9b489c224248c.jpg


Mampan dilancarkan pada 13 Julai 2023 oleh menteri pertahanan ketika itu, Mohamad Hasan, dan ia menjadi hala tuju baru LTAT menghadapi cabaran ekonomi. Dilaporkan bahawa Mampan 25 akan dapat melindungi kebajikan sosial para pencarum dan menjadi pemangkin transformasi ke arah sebuah kumpulan wang simpanan yang mampan. Ia mempunyai empat teras terdiri daripada pertumbuhan, ketahanan, impak dan kepercayaan; dengan berlatar belakang komitmen untuk mengurus wang persaraan anggota tentera dengan lebih baik.


Penjualan Boustead Plantations Bhd, Piket LTAT

Pada Sept 2023 LTAT dikritik oleh wakil rakyat pembangkang ekoran keputusan badan berkanun itu menjual Boustead Plantations Bhd (Boustead Plantations). Mohamad berkata penjualan Boustead Plantation adalah perlu bagi meningkatkan kecairan aset LTAT. Dia menjelaskan, LTAT sebagai pengurus dana pencen untuk angkatan tentera ketika itu mempunyai kecairan aset kurang daripada 20 peratus. Situasi itu berlaku kerana lembaga dana meletakkan 56 peratus daripada pelaburannya ke dalam Boustead Holdings Bhd (Boustead Holdings) yang merupakan syarikat induk Boustead Plantations.

641658f489002c3b9233d9c3ac249a62.jpg


Menurut Mohamad, dengan meletakkan sebahagian besar pelaburannya "dalam satu bakul" LTAT berdepan risiko besar sekiranya apa-apa berlaku kepada Boustead. Katanya, langkah penjualan tersebut akan membantu LTAT meningkatkan kecairan asetnya kepada lebih 60 peratus. Kecairan aset merujuk kepada keupayaan menukar aset kewangan menjadi tunai tanpa perubahan pada harga pasarannya. Sehingga 4 Okt 2023, cadangan penjualan 33 peratus kepentingan dalam Boustead Plantations kepada Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) masih dalam perbincangan. Namun pada 9 Okt 2023, Dewan Rakyat diberitahu Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk memberikan jaminan kerajaan kepada LTAT untuk membeli Boustead Plantations. Keputusan kerajaan untuk menjamin pinjaman RM2 bilion LTAT adalah keputusan kabinet. LTAT juga menarik perhatian ramai apabila pada Julai 2022 lebih 100 kakitangan badan berkanun itu mengadakan piket kerana kecewa dengan pihak pengurusan yang didakwa mereka tidak melayan pelbagai tuntutan dan isu yang dibangkitkan.

316bcc769ca0ea501edafefca2b73787.jpg


Perkembangan itu hadir selepas lebih dua tahun pengurusan LTAT enggan membayar tunggakan pelarasan gaji melalui semakan semula skim gaji dan skim perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2020. Presiden Kesatuan Kakitangan LTAT (KKLTAT) Zulharith Shahrizzan Kumar Abdullah berkata piket berkenaan diadakan untuk menarik perhatian pihak pengurusan yang tidak melayan tuntutan dan isu yang dibangkitkan oleh kesatuan terbabit dengan tidak memberi jawapan konkrit serta tidak berpihak kepada pekerja.

"Piket adalah jalan yang terbaik untuk menyedarkan pengurusan LTAT bahawa KKLTAT berperanan dan berfungsi bukan untuk kepentingan peribadi tetapi memperjuangkan kebajikan pekerja yang telah diketepikan. Pihak pengurusan LTAT tidak membuat perbincangan atau rundingan bersama dan mengetepikan segala pandangan KKLTAT dalam tuntutan-tuntutan yang dibangkitkan," katanya.


Kenyataan Menteri

Sehingga kini menteri pertahanan semasa, Mohamed Khaled Nordin masih tidak memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung krisis yang berlaku dalam LTAT. Sebelum ini Naib Presiden Umno itu hanya membuat kenyataan mengesahkan Mohamed Affandi meletakkan jawatan itu secara sukarela.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/696801
 
Saya Letak Jawatan, Bukan Bersara - Bekas Pengerusi LTAT

21.02.2024 - Jeneral (B) Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata tidak bersara daripada jawatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Sebaliknya, katanya, dia sebenarnya meletakkan jawatan. BH melaporkan dia sebagai berkata berdasarkan kontrak, perkhidmatannya sepatutnya tamat pada Ogos tahun ini.

"Saya bukan bersara, saya meletakkan jawatan. Dipecat, bersara dan meletakkan jawatan adalah berbeza. Jadi bila kita meletakkan jawatan pasti ada perbezaan," dia dipetik sebagai berkata.

Raja Mohamed Affandi menjadi pengerusi LTAT pada 3 Ogos 2021, menggantikan Jeneral (B) Mohd Zahidi Zainuddin yang bersara pada Ogos 2018. Sementara itu, ditanya sama ada dia meletakkan jawatan susulan penstrukturan semula dan isu tadbir urus kumpulan, dia enggan mengulas lanjut. Dia sebaliknya berkata perlu “memelihara keberadaan institusi LTAT sebaiknya”. LTAT semalam dilapor mengeluarkan kenyataan yang menyebut Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed bersara. Perkembangan itu berlaku selepas peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif Ahmad Nazim Abd Rahman minggu lepas.
1708490431053.png
 
LTAT Jual Boustead Plantation Bagi Tangani Isu Kecairan Aset

21.02.2024 - Penjualan Boustead Plantations Berhad adalah perlu bagi meningkatkan kecairan aset Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata demikian di Dewan Rakyat dan menjelaskan bahawa LTAT, yang menguruskan dana pencen untuk angkatan tentera, kini mempunyai kecairan aset kurang daripada 20 peratus. Ini berlaku kerana lembaga dana telah meletakkan 56 peratus daripada pelaburannya ke dalam Boustead Holdings (Boustead), yang merupakan syarikat induk Boustead Plantations. Menurut menteri itu, dengan meletakkan sebahagian besar pelaburannya "dalam satu bakul", LTAT berdepan risiko besar sekiranya apa-apa berlaku kepada Boustead.

“Ini bukan satu perkara yg baik. Dia (LTAT) dana persaraan, dia bukan strategic company untuk memegang aset. Dana persaraan ni dia paling banyak pun boleh pegang 15 peratus. Dia mesti ada aset kecairan. Tapi aset kecairan LTAT sekarang ni tak sampai 20 peratus. Kalau apa-apa berlaku, LTAT akan jadi masalah. Apa kita nak lakukan ialah kita nak rungkai to unlock the value asset yang ada," katanya.

Menurut Mohamad, rancangan itu adalah untuk Boustead menjual pegangannya dalam Boustead Plantations dan menggunakan keuntungan itu untuk membayar balik LTAT. Katanya, langkah ini akan membantu LTAT meningkatkan kecairan asetnya kepada lebih 60 peratus. Kecairan aset merujuk kepada keupayaan menukar aset kewangan menjadi tunai tanpa perubahan pada harga pasarannya. Mohamad menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen pembangkang mengenai langkah Boustead untuk menjual pegangannya dalam cabang perladangan itu.

Ahli Parlimen PN termasuk Radzi Jidin (Bersatu-Putrajaya), Awang Hashim (PAS-Pendang), dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Machang) telah menggesa menteri itu menghalang Boustead daripada menjual pegangan kepada syarikat minyak sawit Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), yang telah baru-baru ini membuat tawaran untuk memperoleh 33 peratus daripada pegangan Boustead dalam Boustead Plantations.

Mereka berhujah bahawa Boustead Plantations memiliki sejumlah besar plot tanah di negara ini yang sepatutnya disimpan dalam simpanan LTAT, atau sekurang-kurangnya syarikat itu boleh dijual kepada syarikat Bumiputera lain dan bukannya entiti bukan Bumiputera seperti KLK. Mohamad memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia mengambil maklum keprihatinan ahli parlimen berkenaan dan akan cuba mencari penyelesaian terbaik bagi isu itu.

“Kami akan memastikan LTAT tidak akan meletakkan semua telurnya dalam satu bakul selepas ini, seperti melabur 56 peratus dalam satu industri tunggal, yang dalam kes ini adalah Boustead. Ini bahaya. Yakinlah, kami sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kami akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu Boustead, dan pada masa sama memastikan plot tanah yang berada di bawah milikan LTAT tidak akan hilang," katanya.
1708490515612.png
 
Kakitangan LTAT Berpiket Tuntut Tunggakan Pelarasan Gaji

21.02.2024 - Lebih 100 kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berpiket hari ini setelah kecewa dengan pihak pengurusan yang didakwa mereka tidak melayan pelbagai tuntutan dan isu yang dibangkitkan. Perkembangan itu hadir selepas lebih dua tahun pengurusan LTAT enggan membayar tunggakan pelarasan gaji melalui semakan semula skim gaji dan skim perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2020. Presiden Kesatuan Kakitangan LTAT (KKLTAT) Zulharith Shahrizzan Kumar Abdullah memberitahu pemberita, piket hari ini akan terus diadakan setiap hari sehingga Jumaat. Katanya mereka berpiket mulai jam 1 tengah hari sehingga petang.

84fb3cd018897917ddafb3bd7a4cd28c.jpg


Piket itu diadakan di hadapan Bangunan LTAT di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur turut dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani. Zulharith berkata piket berkenaan diadakan untuk menarik perhatian pihak pengurusan LTAT yang tidak melayan tuntutan dan isu yang dibangkitkan oleh kesatuan terbabit dengan tidak memberi jawapan konkrit serta tidak berpihak kepada pekerja.

"Piket adalah jalan yang terbaik untuk menyedarkan pengurusan LTAT bahawa KKLTAT berperanan dan berfungsi bukan untuk kepentingan peribadi tetapi memperjuangkan kebajikan pekerja yang telah diketepikan. Pihak pengurusan LTAT tidak membuat perbincangan atau rundingan bersama dan mengetepikan segala pandangan KKLTAT dalam tuntutan-tuntutan yang dibangkitkan," katanya.

442830ce9efcba1649f07b4d32000b0e.jpg


Menurut Zulharith usaha pihak pengurusan membatalkan piket hari ini tidak berjaya selepas kesatuan tidak bersetuju dengan tawaran-tawaran yang diberikan. Katanya kira-kira jam 11 pagi tadi pengurusan LTAT mengadakan pertemuan dengan mereka dan membuat beberapa tawaran agar piket berkenaan dibatalkan. Bagaimanapun kata Zulharith KKLTAT menolak tawaran berkenaan kerana ia merupakan penyelesaian bersifat sementara saja.

"Maka, kami mengambil keputusan untuk meneruskan piket," katanya.

Sementara itu, Mohd Effendy selaku wakil MTUC berkata pengurusan LTAT perlu mengambil kira kebajikan kakitangannya.

"Saya percaya inilah sebab mengapa perdana menteri baru-baru memberi kenyataan bahawa semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) perlu melantik wakil MTUC sebagai ahli lembaga pengarah dalam usaha menambah nilai kepada ketelusan. Sekiranya pihak pengurusan gagal menunaikan tuntutan kakitangan LTAT sebelum Jumaat ini, MTUC akan membawa perkara ini kepada perdana menteri," katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas LTAT berkaitan tuntutan dalam piket hari ini.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/629538
 
Ni affin bank pun sekufu la kot...tak banyak buat keuntungan sebab kakitangan tak cekap dan suka menindas
 
Ni affin bank pun sekufu la kot...tak banyak buat keuntungan sebab kakitangan tak cekap dan suka menindas
Affin bkn kerajaan sarawak dh beli ka pemegang saham terbesar
 
Back
Top
Log in Register