BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada Apa Dengan LTAT ?

PAC Mungkin Panggil Khaled Berkait Masalah Kewangan LTAT

07.03.2024 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak menolak memanggil Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin, selepas rizab Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dilaporkan berbaki negatif pada 2022. Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin, berkata pihaknya juga akan memanggil tiga pengurusan tertinggi LTAT yang meletak jawatan iaitu bekas pengerusi Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, bekas ketua pegawai eksekutif Ahmad Nazim Abd Rahman dan bekas pengarah kanan strategi Dayana Rogayah Omar.

“Prosiding LTAT akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan PAC akan memanggil semua pihak berkaitan memandangkan isu ini amat kritikal membabitkan 122,935 pencarum anggota tentera,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Semalam, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 mendedahkan rizab LTAT dilaporkan berbaki negatif RM0.338 bilion pada 2022. Katanya, LTAT merekodkan keuntungan bukan tunai sebanyak RM0.189 bilion yang digunakan sebagai asas untuk pembayaran dividen tahun 2022 kepada pencarum. Agensi persekutuan itu juga dilaporkan tidak membuat penjejasan nilai terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiari berjumlah RM0.812 bilion.

“PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan bahawa rizab LTAT berbaki negatif sekali gus menimbulkan persoalan kemampuannya membayar dividen kepada pencarum,” kata Mas Ermieyati.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan membuat keputusan mengenai Felda dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dilaporkan turut mengalami masalah kewangan selepas prosiding LTAT selesai.

“Ketua Audit Negara dalam pembentangan itu menyenaraikan tiga agensi yang perlu diberikan perhatian oleh PAC untuk dipanggil bagi prosiding iaitu Felda, LTAT dan PR1MA berikutan terdapat masalah dalam penyata kewangan tahun 2022. PAC telah membuat keputusan untuk memanggil LTAT terlebih dahulu. Untuk dua lagi agensi iaitu Felda dan PR1MA, PAC akan membuat keputusan selepas prosiding LTAT.”

Felda dilaporkan mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion pada 2022, peningkatan berbanding RM545 juta pada 2021. Sementara PR1MA mengalami kerugian bersih RM0.257 bilion, manakala liabiliti berjumlah RM5.746 bilion pada 2022.
1709788017099.png
 
Jawab je saya baru masuk office.
Mana saya tahu. Cuba encik tanya menteri sebelum saya.
 
Rizab Negatif - PAC Panggil LTAT Lepas Raya

07.03.2024 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan bertemu dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas hari raya puasa April depan susulan kedudukan kewangannya. Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin menyatakan kebimbangan terhadap LTAT susulan kedudukan rizabnya yang negatif. Katanya, semua pihak terlibat akan dipanggil, termasuk tiga pegawai tertingginya yang telah meletakkan jawatan.

56b1ee2d180bc8e18e2b09b958b9eef6.jpg

Pegawai-pegawai itu ialah bekas pengarah, bekas ketua pegawai eksekutif serta bekas pengarah strategik kanan. PAC juga tidak menolak kemungkinan memanggil menteri pertahanan memandangkan isu itu amat kritikal kerana melibatkan 122,935 pencarum terdiri daripada kalangan bekas anggota tentera. Dalam sidang media di parlimen, Mas Ermieyati berkata keputusan itu dibuat selepas sesi taklimat dua jam daripada ketua audit negara berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022.

LKAN dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/698536
 
PM Arah LTAT, Felda Kemukakan Laporan Penuh

08.03.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022. Ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Amaniah, Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata notis penjelasan telah diserahkan kepada kedua-dua lembaga itu untuk mengemukakan laporan penuh.

“Ya, memang (kita) dah ada bagi notis supaya (mereka) bagi penjelasan keterangan penuh LTAT (dan Felda) walaupun perkara ini daripada audit 2022. Kita tentukan supaya ada laporan lengkap kelemahan diperbaiki, kalau ada apa terlibat kurang baik kita terpaksa ambil tindakan,” katanya ketika ditanya adakah Felda dan LTAT perlu memberi penjelasan prestasi mereka.

LKAN mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat pada Rabu lepas menunjukkan Felda mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM1.005 bilion. LKAN turut mendedahkan rizab LTAT merekodkan baki negatif bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2020 iaitu RM0.376 bilion, RM0.285 bilion (2021) dan RM0.338 bilion (2022). Ditanya adakah beliau ingin melihat sendiri laporan tersebut, Anwar berkata; ‘Ya , saya minta laporan itu, kami bagi masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk menghantar laporan penuh dan Kabinet akan menelitinya.

"Mengenai sama ada wujud jawatankuasa mengenai laporan LKAN 2022, beliau berkata kementerian dan agensi berkaitan perlu memberi penjelasan lanjut mengenai prestasi mereka dalam laporan itu. Buat masa ini kami perlu mengkaji Laporan Ketua Audit Negara dan kemudian memberikan peluang kepada kementerian, agensi berkaitan untuk mengemukakan penjelasan mereka sendiri dan kami perlu menelitinya,” katanya.

Terdahulu, Anwar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain turut makan tengah hari di surau itu di Putrajaya.
1709893735246.png
 
PAC Cadang LTAT Tambah Baik Pembayaran Dividen

04.03.2025 - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA). Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan hari ini berkata dengan langkah itu, LTAT dapat terus membayar dividen secara konsisten di samping memastikan kelestarian LTAT. Beliau berkata PAC turut mencadangkan agar LTAT meneruskan dalam mempelbagaikan komposisi portfolio pelaburan, memandangkan sebahagian besar portfolio pelaburan LTAT masih tertumpu di dalam Kumpulan Boustead.

“PAC telah dimaklumkan LTAT kini sedang menilai semula Rangka Kerja SAA sedia ada, dengan memberi tumpuan kepada pengurusan risiko melalui kepelbagaian pelaburan merentas kelas aset, selaras dengan syor PAC kepada LTAT untuk mempelbagaikan komposisi portfolio pelaburan dan tidak bergantung kepada satu entiti.

Beliau berkata PAC masih belum menerima Pelan Penstrukturan Kumpulan Boustead dan menunggu pihak LTAT untuk mengemukakan dokumen berkaitan setelah ia dimuktamadkan. Mas Ermieyati berkata pelan penstrukturan itu telah dibentangkan kepada jemaah menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan II dan Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri. Sementara itu, beliau berkata orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti setiap tindakan susulan Mindef dan LTAT serta ulasan PAC, boleh memuat turun penyata berkenaan di laman web PAC di alamat www.parlimen.gov.my/pac.
1741076160439.png
 
Bagi siap dulu kapal baru boleh sembang
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ditubuhkan dalam bulan Ogos 1972 di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).

LTAT adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk Pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta anggota kerahan sukarela.

LTAT menguruskan RM11.54 bilion Aset Di bawah Pengurusan setakat 31 Disember 2023 denganpengisytiharan dividen sebanyak 5% kepada pencarum pada tahun 2022, selepas pembayarantahun sebelumnya sebanyak 4.1% pada tahun 2021, 3.5% pada tahun 2020, 2.5% pada tahun 2019dan 2% pada tahun 2018.

Di bawah skim LTAT, pencarum dikehendaki mencarum 10% daripada gaji bulanan dan Kerajaan akan mencarum sebanyak 15% sebagai majikan kepada LTAT. Di bawah skim simpanan bagi pencarum sukarela, simpanan dibenarkan sekurang-kurangnya RM25 sebulan sehingga had maksimum RM2,000 sebulan.

:LOL::LOL::LOL:
 
Back
Top
Log in Register