BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada 13A kuil haram di Puncak Alam?

The Room

Legendary Member
gem
Messages
10,967
Top Poster #3
Joined
Feb 18, 2018
Messages
10,967
Reaction score
1,292
Points
206
Pembinaan kuil secara haram yang semakin tidak terkawal di Puncak Alam mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk setempat.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Firdaus Wong selepas mengadakan pertemuan bersama beberapa wakil penduduk baru-baru ini.

Menurut Firdaus, penduduk memaklumkan terdapat 14 kuil yang disahkan dibina tanpa kebenaran setakat ini, dan bimbang jumlah itu akan bertambah pada masa hadapan.

“Dari semakan kami setakat yang kami jumpai, terdapat 14 kuil di Puncak Alam dan semuanya adalah kuil haram.

“Puncak Alam ada lebih kurang 386,000 penduduk dan hanya ada 20,000 penduduk India,” demikian petikan daripada taklimat penduduk yang dikongsikan Firdaus di Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, isu yang dibangkitkan itu langsung bukan bertujuan untuk menyerang mana-mana kaum atau agama.

Tegasnya, isu ini hanya menumpukan kepada aspek undang-undang sahaja. Jangan ambil tindakan sendiri.

“Kita ingin mendaulatkan undang-undang maka mesti dengan cara yang berlandaskan undang-undang.

“Kita juga tidak mengambil alih kerja pihak berkuasa tetapi kita bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendaulatkan undang-undang.

“Jika kita juga langgar undang-undang, apa beza kita dengan mereka?” katanya sambil menambah GARAH sentiasa bersedia membantu membanteras pecerobohan tanah dan membasmi rumah anutan haram.

Sumber - TV Pertiwi

IMG_6697.jpeg
 
Ini barulah betul, bertindak ikut saluran undang2.
Screenshot_20260811_074317_com_brave_browser_ChromeTabbedActivity_edit_707875711045433.jpg

Jika asyik guna hujah, dorg boleh kenapa kita x boleh, x ada bezalah yg beriman dgn yg kafir.
 
Pendedahan Firdaus Wong ini membuka mata rakyat betapa beraninya pihak tertentu melanggar undang-undang dengan cara yang amat melampau. Bermula dengan pembinaan kuil haram di atas tanah milik kerajaan di Jalan Taj 1, Taman Alam Myra, Puncak Alam, perkara menjadi lebih serius apabila timbul dua surat sokongan atas nama Ahli Majlis.

Apabila disemak, Mohd Jaferi Bin Manan terus menafikan dan membuat laporan polis kerana namanya telah digunakan secara tidak sah, manakala seorang lagi, Murvinthen a/l Mohan, sehingga kini tidak dapat dihubungi. Persoalan besar timbul: seberapa terdesaknya pihak terbabit sehingga sanggup memalsukan dokumen rasmi dan menggunakan nama wakil rakyat semata-mata untuk menutup kesalahan pencerobohan tanah?

Lebih menyakitkan hati adalah sikap sewenang-wenangnya yang ditunjukkan. Sebaik sahaja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor meletakkan pita serta notis perintah berhenti kerja pada 3 Ogos, esoknya pita itu dipotong sewenang-wenangnya dan penjaga ditempatkan di situ seolah-olah undang-undang tiada kuasa.

Tindakan PDTKS meletakkan papan tanda amaran pada 6 Ogos adalah langkah yang dialu-alukan, tetapi ia mendedahkan satu hakikat pahit: ada pihak yang tidak bermaruah, muka tebal, dan langsung tidak menghormati peraturan negara walaupun tahu tanah itu bukan milik mereka.

Yang paling menyedihkan, ada pihak yang gemar menjadi “mangsa” apabila ditindak, tetapi sebaliknya membelakangi undang-undang apabila mereka yang bersalah.

Firdaus turut menegur secara tajam sikap sesetengah pihak yang begitu lantang mengutuk rasuah dan salahguna kuasa, tetapi tiba-tiba muncul menjadi “wira” mempertahankan struktur haram sebegini.

Seharusnya wakil rakyat dan pemimpin memartabatkan undang-undang secara adil kepada semua, bukan memilih-milih mengikut kepentingan tertentu. Tahniah diberikan kepada penduduk Puncak Alam yang berani bersuara dan bekerjasama dengan GARAH menentang pencerobohan ini.

Rakyat berharap tindakan tegas bukan sahaja ke atas penceroboh, malah terhadap mereka yang terlibat memalsukan dokumen supaya menjadi pengajaran kepada semua.

📌 Sumber: Perkongsian Rasmi media sosial Firdaus Wong wai hung

📍 M Riza Ni (Kilas Berita )↗️
#MDR #KilasBerita #IsuSemasa
IMG_6702.jpeg
 
Baru tahu kat Puncak Alam ada 14 kuil haram.
Ingatkan mercu tanda Puncak Alam ialah Uitm….rupanya ada yang lebih hebat.

Mungkin ada lg
 
Back
Top
Log in Register