BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Acer Perlihat Komputer Riba Ujian Yang Di Kuasakan Intel Panther Lake

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Seperti yang sedia maklum, Intel dijangka akan mula memperkenalkan komputer riba dengan cip pemprosesan komputer riba nipis dan ringan generasi akan datang mereka, Panther Lake sekitar penghujung tahun ini. Di acara Computex Taipei, Acer telah memperlihatkan sebuah komputer riba contoh yang nampaknya dikuasakan oleh cip pemprosesan tersebut. Ia hadir dengan rekaan sebuah komputer riba Acer Swift 16, lengkap dengan paparan skrin bersaiz 16 inci dan pad sesentuh yang sangat besar sekali.

image-47-950x534.png.webp


Cip pemprosesan Intel Panther Lake dihasilkan menggunakan proses binaan cip semikonduktor Intel 18A sendiri kali ini, setelah cip Intel Meteor Lake, Lunar Lake dan Arrow Lake dikilangkan oleh TSMC. Intel kini sedang merombak syarikat mereka untuk kembali menjadi bukan sahaja perekacipta cip semikonduktor terhebat, tetapi juga pengeluar komponen tersebut, setelah lebih sedekat ketinggalan belakang syarikat-syarikat seperti TSMC dan Samsung.​
 
Back
Top
Log in Register