BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aceh dilanda Gempa bumi

Tiada amaran tsunami ke?

Belum.. Tapi dah maut 26 orang

CzDeT6iXAAAd22V.jpg


CzDeXtsXEAEf_eW.jpg



CzDeWh7W8AE7Jnr.jpg


CzDeTE1WIAAygc_.jpg
 
Semoga Allah permudahkan segala
urusan mereka di sana serta tabah
menjalani segala ujian.


.
 
TERKINI Gempa Aceh: Angka korban meningkat 54

BANDA ACHEH: Panglima Tentera Wilayah Aceh sebentar tadi mengesahkan 54 maut dalam kejadian gempa bumi kuat 6.5 magnitud di wilayah itu, awal pagi tadi.


Mej Jeneral Tatang Sulaiman berkata, 52 yang terbunuh adalah di Daerah Pidie Jaya iaitu tempat paling hampir dengan pusat gegaran manakala dua lagi di daerah berjiran, Bireuen. - AP


twity.transformed.jpg

ORANG awam membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah runtuhan susulan gempa bumi 6.5 magnitud yang melanda Aceh hari ini. - Sumber Twitter

http://www.bharian.com.my/node/221207
 
Hospital sesak, kekurangan kakitangan

pesakitaceh.transformed.jpg

PESAKIT di Hospital Besar Pidie Jaya dipindahkan ke kawasan lapang susulan gempa bumi 6.5 magnitud yang melanda Aceh, hari iini. - Foto AFP

PIDIE JAYA: Mangsa gempa bumi 6.5 magnitud di sebuah daerah di Acheh terpaksa dipindahkan ke Hospital Sigli yang terletak di daerah bersebelahan, hari ini susulan masalah kekurangan kakitangan perubatan di Hospital Pidie Jaya.

Seorang sukarelawan polis Acheh, Royan berkata, Hospital Pidie Jaya sesak dengan berpuluh-puluh mangsa yang cedera memaksa sebahagiannya dipindahkan ke Hospital Sigli, kira-kira 60 kilometer dari Pidie Jaya.

Agensi berita Antara memetik seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali sebagai berkata, ramai marah kerana mangsa yang cedera terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di Hospital Pidie Jaya.

Kira-kira 30 mangsa cedera parah dan ringan seperti patah tulang akibat dihempap runtuhan dan sedang dirawat di Hospital Pidie Jaya, pagi ini.

Royan yang turut membantu merawat mangsa berkata, kerajaan sedang menghantar kakitangan dan bekalan perubatan ke Hospital Pidie Jaya.

Gempa itu melanda pada jam 5.23 pagi ini dan mengakibatkan berpuluh-puluh bangunan runtuh. Royan berkata, ada beberapa kedai rosak di Meureudu, kawasan pinggir bandar Pidie Jaya.

Katanya, kerajaan perlu menghantar jentera berat ke Meureudu kerana terdapat mangsa dipercayai masih terperangkap dalam bangunan. - Agensi


http://www.bharian.com.my/node/221216
 
Jokowi arah bantuan menyelamat ke Aceh

05jokowi.transformed_0.transformed.jpg

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo.

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan institusi kerajaan berkaitan menyokong usaha menyelamat di Aceh susulan gempa bumi 6.5 magnitud melanda timur laut wilayah itu, pagi ini.

"Saya sudah mengarahkan beberapa institusi kerajaan menjalankan usaha pemindahan," kata Presiden, hari ini.

Katanya, beliau turut mengarahkan Ketua Staf Presiden, Teten Masduki supaya pergi ke Aceh untuk memantau situasi.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan pusat gempa bumi itu terletak 18 kilometer di timur laut daerah Pidie Jaya dan berlaku pada kedalaman 10 kilometer. Ia berlaku sebaik selepas jam 5.00 pagi.

Laporan terbaharu menyebut gempa itu sudah meragut 54 nyawa dan beratus lagi cedera.

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi 8.9 magnitud mencetuskan gelombang tsunami yang melanda Aceh dan lebih 120,000 terkorban. - Agensi


http://www.bharian.com.my/node/221217
 
Dua masjid ranap, mangsa tertimbus

moasqcollap.transformed_0.jpg

KEADAAN tiang masjid yang runtuh susulan gempa kuat yang melanda Pidie pagi tadi. - Foto AFP

BANDA ACHEH: Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan di kawasan bangunan runtuh akibat gempa bumi yang melanda Pidie pagi tadi.

Difahamkan, berbelas bangunan runtuh di kawasan terbabit mengakibatkan ramai mangsa tertimbus dan pasukan media antara kumpulan terawal yang tiba menghulurkan bantuan.

Salah seorang pembaca Detik.com, Supriadi berkata, terdapat pelbagai premis dan kedai termasuk dua masjid juga runtuh di kawasan Ulee Glee.

"Öperasi mencari mangsa tertimbus diteruskan setakat ini dan ramai anggota penyelamat yang menggali lokasi-lokasi runtuhan bagi memudahkan kerja menyelamat.

"ada juga antara mangsa yang meninggal dunia," katanya ketika dihubung sebentar tadi.

Berdasarkan rakaman video yang dikirimkan, suasana kelihatan sugul dan penduduk dalam keadaan tidak keruan malah kesedihan jelas terpancar di wajah masing-masing,

Kelihatan mangsa-mangsa runtuhan termasuk anak kecil diberikan rawatan awal oleh anggota penyelamat di lokasi kejadian. - Detik.com


http://www.bharian.com.my/node/221179
 
ujian....Allah is over all things in universe
 
Back
Top
Log in Register