BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aceh dilanda Gempa bumi

TERKINI: 97 maut, 213 cedera gempa bumi Aceh

07gemba.transformed.jpg

KELIHATAN penduduk Indonesia mengumpul barang-barang yang boleh digunakan dari bangunan runtuh selepas gempa bumi melanda Pidie Jaya, Aceh, Indonesia. - Foto EPA

PIDIE JAYA: Komander tentera wilayah Mejar Jeneral Tatang Suherman berkata, angka kematian akibat gempa bumi berukuran magnitud 6.5 di Aceh kini meningkat 97 orang dengan 213 mangsa cedera.

"Berdasarkan laporan kakitangan tentera dan polis serta sukarelawan, angka kematian kini mencecah 92 orang dan kebanyakannya di Pidie Jaya," kata komander kepada media ketika mengkaji lokasi gempa di daerah ini hari ini.

Tatang diiringi Inspektor Jeneral polis, Rio S Djambak meninjau beberapa lokasi di sepanjang laluan gempa di daerah Pidie, Bireuen dan Pidie Jaya.

Komander wilayah itu berkata, pencarian mangsa yang terselamat diteruskan oleh kerana dianggarkan masih ramai yang terperangkap di sebalik runtuhan.

Bagi mempercepatkan pemindahan, beliau berkata, pihaknya akan mengerahkan pasukan penuh tentera di daerah Pidie, Bireuen dan Pidie Jaya.

Selain tentera anggota polis di daerah itu akan dikerah untuk membantu pencarian bersama sukarelawan daripada agensi mencari dan menyelamat nasional (Basarnas), Sekretariat Radio Antar Penduduk (RAPI), Palang Merah Indonesia (PMI) dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BPBD).

Rio berkata, ada dua kawasan terjejas teruk akibat gempa iaitu Meureudu, ibu kota Pidie Jaya dan Ulee Glee.

Mangsa yang cedera dipindahkan ke tiga hospital iaitu Hospital Umum Pidie, Hospital Pidie Jaya dan Hospital Bireuen.

Sekurang-kurangnya 92 kedai rosak teruk dan hampir rata di lima daerah iaitu Meureudu, Tringgadengn, Bandar Dua, Bandar Baru dan Meurah Dua, sementara lima masjid rosak teruk. -AGENSI


http://www.bharian.com.my/node/221264
 
Lahawla wala quwwata illa billah...

Moga dipermudah urusan.

Pasni moga pihak berkuasa tetapkan standard untuk bangunan2 kat situ. Maklum earthquake zone. Pasti akan berlaku lagi.
 
Astafirullah hal azim.
Semoga semua mangsa tabah dalam melalui dugaan ini, aamiin.
 
97 terkorban gempa bumi di Aceh

https://www.utusan.com.my/polopoly_...e.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg
https://www.utusan.com.my/polopoly_...e.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg

JAKARTA 7 Dis . Selepas hampir 12 tahun Aceh dikejutkan dengan tragedi gempa bumi dan tsunami yang mengorbankan lebih 300,000 nyawa, wilayah itu sekali lagi digegarkan gempa bumi awal hari ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 97 terkorban dan beratus-ratus lagi cedera.


Berpuluh-puluh mangsa juga dilaporkan masih hilang selepas gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter yang berlaku di Pidie Jaya pada pukul 5 pagi waktu tempatan itu meranapkan rumah-rumah dan bangunan.

Penduduk yang panik juga bertempiaran lari ke jalan raya untuk menyelamatkan diri.

Menurut komander tentera, Mejar Jeneral Tatang Sulaiman, jumlah mangsa yang terkorban meningkat menjelang tengah hari ini selepas lebih banyak mayat dijumpai.

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia juga terpaksa menggunakan jentolak untuk mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Nugroho berkata, daripada hampir 300 mangsa yang cedera, sekurang-kurangnya 73 daripadanya parah.

Katanya, sekurang-kurangnya 125 rumah, 105 kedai dan 14 masjid musnah berikutan gempa bumi itu dan beberapa gambar dimuat naik dalam laman sosial menunjukkan ramai mangsa terpaksa diberi rawatan di luar hospital.

Ketua agensi mencari dan menyelamat Aceh, Suyitno menjangkakan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan terutama pemilik bangunan kedai dua tingkat kerana kebanyakan mereka menetap dalam premis itu.

Jelas beliau, pihaknya menghantar tiga jengkaut untuk menarik keluar konkrit dari bangunan yang runtuh.

Stesen televisyen dan media sosial menyiarkan imej mangsa yang dikejarkan ke hospital, bangunan yang runtuh dan tiang elektrik tumbang serta orang ramai berkumpul di jalan raya.

“Gempa kuat dirasai menyebabkan penduduk panik dan keluar dari rumah masing-masing yang runtuh,’’ kata Sutopo.

Seorang sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia di Pidie Jaya, Muklis berkata, keadaan menjadi kelam kabut dengan kerosakan teruk selain ramai mangsa yang cedera.

“Petugas perubatan juga tidak mencukupi,’’ katanya. Gempa bumi pagi ini melanda pantai timur wilayah itu yang terletak kira-kira 170 kilometer dari Banda Aceh.

Banda Aceh pernah dilanda gempa bumi kuat berukuran 9.2 magnitud dan tsunami pada 26 Disember 2004 menyebabkan 120,000 orang terkorban di situ sahaja.

Sebanyak lima gempa bumi susulan turut dirasai beberapa jam selepas gempa bumi awal melanda pagi ini. - REUTERS


https://www.utusan.com.my/berita/nasional/97-terkorban-gempa-bumi-di-aceh-1.417603
 
Gempa bumi Aceh: Angka kematian kini 102 orang

MEUREUDU: Pertubuhan kemanusiaan mulai berkumpul di wilayah Aceh Indonesia hari ini ketika agensi bencana tempatan menggesa lebih banyak bekalan makanan sementara pihak berkuasa bergegas menilai kerosakan penuh gempa yang mengakibatkan lebih 100 maut.


Sukarelawan dan hampir 1,500 anggota penyelamat menumpukan pencarian di bandar terjejas teruk di daerah Pidie Jaya di sini berhampiran pusat gempa magnitud 6.5 yang melanda sebelum Subuh semalam.

Namun jumlah kecil jentera berat di tempat kejadian bermaksud perkembangan amat lambat. Pasukan penilai kemanusiaan pergi ke kawasan lain di daerah itu.

Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Nasional Sutopo Purwo Nugroho berkata, angka kematian meningkat kepada 102 orang dan memberi amaran ia mungkin bertambah. Lebih 750 lain cedera, ramai parah.

Pasukan pencari menggunakan peranti yang mengesan isyarat telefon bimbit dalam jarak 100 meter membantu usaha ketika menggali runtuhan.

Ribuan penduduk lain tidak berumah atau takut kembali ke rumah. Pihak berkuasa di Aceh berkata, lebih 8,000 orang bermalam di pusat perlindungan di daerah Pidie Jaya sahaja. -AFP


http://www.bharian.com.my/node/221758
 
Semua terjadi adalah disebabkan kehendak Allah SWT...bersangka baiklah kepada Allah mungkin Allah nak menurunkan pengampunannya.
 
Last edited:
Ya Allah permudahkan lah segala urusan di Aceh amin...
 
Tabung Kemanusiaan Aceh dilancar

aceh.jpg_1482303528.jpg


Putrajaya: Tabung Kemanusiaan Aceh anjuran bersama enam agensi kerajaan dan media dilancarkan hari ini bagi memberi peluang kepada rakyat negara ini untuk membantu mangsa gempa bumi di negara berkenaan.


Majlis pelancaran disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam ucapannya, beliau berkata, sumbangan boleh dibuat menerusi 22 cawangan Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), 123 cawangan Tabung Haji dan menerusi tabung yang disediakan di masjid dibawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Selain itu, sumbangan juga boleh disalurkan secara terus ke akaun Bank Islam di nombor akaun 14023010000082 atas nama Tabung Kebajikan dan Pelajaran YaPEIM.

"Tempoh kutipan sumbangan adalah dua bulan bermula 22 Disember hingga 28 Februari tahun depan,"katanya pada majlis pelancaran Tabung Kemanusiaan Aceh di sini hari ini.

Buat permulaan, sejumlahRM289,360sudah disumbangkan dari Lembaga Tabung Haji (TH); YaPEIM Gold; YayasanYaPEIM Berhad; Yayasan Taqwa MAIWP, UKM Specialist Hospital dan warga kerja YaPEIM.


http://www.hmetro.com.my/node/190748
 
Back
Top
Log in Register