BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abdul Hadi: PAS tak gerak jentera bantu kempen Bersatu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Abdul Hadi: PAS tak gerak jentera bantu kempen Bersatu​

ab76a6242604a466794b49ff16a688c1.jpg


PAS menegaskan jentera parti itu tidak akan digerakkan bagi membantu kempen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata kedua-dua parti akan menggunakan jentera berasingan dan strategi kempen yang berbeza, biar pun menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) yang sama untuk pilihan raya pada 11 Julai depan.

"Tak...kempen berbeza-beza kerana mereka (Bersatu) desak nak logo itu dan juga kita tidak pecah lagi (pakatan PN). Kita tetap dengan PAS. Yang parti Bersatu kita tidak tahu strategi mereka.

"Mungkin dia ada strategi sendiri yang nak ambil. Tetapi jentera PAS akan tetap bekerja untuk kita di 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) bertanding," katanya ketika ditemui selepas Kuliah Duha di Masjid Rusila, di Terengganu hari ini.

Pada masa sama Abdul Hadi turut menegaskan bahawa kemelut antara PAS dengan Bersatu sudah selesai dan pihaknya tetap dengan keputusan untuk membatalkan kerjasama.

Beliau berkata PAS meletakkan sasaran untuk menjadi blok pembangkang yang berperanan sebagai ejen semak dan imbang kepada kerajaan negeri.

"Kita bertanding 11 kerusi (di PRN Johor). Kita pilih kerusi yang ada keyakinan untuk menang. Yang penting kita mahu Johor diperintah Melayu Islam," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun ini sebagai hari penamaan calon bagi PRN Johor, manakala 7 Julai untuk pengundian awal dan 11 Julai ialah hari pengundian.

- Bernama

 
Tgk bagaimana berantakannya hubungan sesama ummah yg suci murni x ada zindiq dan munafiq mcm PAS dan BERSATU, x dpt nk dibayang bagaimana mereka nk mentadbir Pusat yg jauh lebih mencabar

Sesama ummah yg suci tanpa zindiq dan nifaq pun dah bercelaru, bagaimana nnt nk memerintah bersama zindiq, munafiq, harbi dan lain2 lagi.
 
Back
Top
Log in Register