BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abdul Azeez dilantik Pengerusi Tabung Haji

Status
Not open for further replies.

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,700
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,700
Reaction score
949
Points
161
image.jpg


KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa hari ini.

Abdul Azeez, yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011, menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

"Pelantikan Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH, diyakini mampu meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang," kata TH dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut TH, ini kerana Abdul Azeez dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosioekonomi komuniti sejagat.

Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling selain anggota Majlis Tertinggi Umno sejak 2008.

Kenyataan TH juga menyebut Abdul Azeez menubuhkan Kelab Putera 1Malaysia pada 2010 dan sangat aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara.

"Beliau terkenal dengan kerja sukarelawan dan misi kemanusiaan," katanya.

Antara misi yang dijayakan Abdul Azeez ialah bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza. - Bernama



jawatan dalam TH pun org politik dan sebat...
 
Last edited:
tahniah..jalankan tugas dengan baik...
 
emmmmm...mamak..
 
dh dpt habuan masing2.....jgn punahkan sdh
 
dia ni bagus sebenarnya. slalu dtg umah kwn. orangnya humble je.
 
tabung haji..xbuat apa2 pun duit akan bertambah..
klu ikut Prof. Ungku Aziz..tabung haji dh menyimpang dari tujuan asal..
 
masyukkk la aziz ni..klu bg ulama profesional handle tabung haji kan lg baik rasanya..
 
hrp2 tabung haji dpt upkan lg dividen..hehehe
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register