BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abbott nafi kerajaannya hadapi krisis dalaman

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
SYDNEY : Perdana Menteri Australia, Tony Abbott hari ini menafikan berlaku krisis dalam kerajaannya susulan rombakan besar-besar ke atas barisan Kabinetnya, semalam.

Tony, semalam mengumumkan rombakan itu, yang antara lain menggugurkan Menteri Pertahanan, Senator David Johnston daripada senarai Kabinet baharu.

Sehubungan itu, bekas Menteri Imigresen, Scott Morrison pula dipindahkan ke Kementerian Khidmat Sosial, sementara menteri kedua wanita dilantik iaitu Sussan Ley, memegang portfolio kesihatan dan sukan.

"Tidak... ini adalah cara yang baik untuk mengakhiri tahun ini selepas setahun berjaya membuat pencapaian yang besar," katanya kepada stesen televisyen Seven Network ketika ditanya jika kemungkinan rombakan itu disebabkan krisis dalaman.

Sejak mengambil alih kuasa pada September 2013, kerajaan Abbott sudah mengumumkan langkah berjimat secara menyeluruh ke atas perbelanjaan bagi mengekang defisit belanjawan yang semakin meningkat.

Tetapi pengkritik menyelar sebahagian langkah dibuat beliau termasuk pemotongan perbelanjaan kesihatan dan pendidikan.

"Cabaran yang penting dalam kerajaan tahun depan adalah lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan lebih banyak faedah untuk keluarga.

"Tetapi cara untuk mencapainya adalah dengan membina ekonomi yang lebih kukuh dan itu bererti kami perlu meneruskan kerja untuk membolehkan bajet dikawal semula," katanya. - AFP


http://www.bharian.com.my/node/24681
 
Back
Top
Log in Register