Emy_Ezra
Super Active Member

- Messages
- 7,777
- Joined
- Sep 2, 2012
- Messages
- 7,777
- Reaction score
- 945
- Points
- 126
Kota Bharu: Seorang abang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan merogol adik kandungnya sejak dua tahun lalu.
Tertuduh berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adik perempuannya berusia 13 tahun di sebuah rumah dekat Bachok, pada April 2023, Disember tahun lalu dan April lalu.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin.
Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 masing-masing bagi setiap pertuduhan.
Sementara itu, Mohd Firdaus memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan memandangkan anak guamnya hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan mempunyai isteri yang sedang mengandung.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan RM30,000 dan menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
KOTA BHARU
KELANTAN