BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abam berang didakwa bercium

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
31 July 2015

abam2-horz.jpg


Pelawak Abam (Bocey) menegaskan foto lelaki berbadan besar sedang bercumbuan dengan seorang wanita yang tersebar bukan dirinya.

Memetik laporan mStar online, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, ia adalah satu fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawab.

"Orang buat cerita ni... Saya tak tahu apa tujuan mereka (blog) berbuat demikian. Kenapa perlu fitnah? Saya terkilan apabila dikaitkan dengan cerita dongeng ala-ala sinetron seperti ini. Sudah tentu saya lagi gemok daripada lelaki dalam foto berkenaan.

"Jangan malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu," katanya mengulas mengenai foto seorang lelaki berbadan besar sedang bercumbuan telah tersebar di internet dan dirinya dikaitkan sebagai individu berkenaan. Bagaimanapun foto tersebut telah dikaburkan pada bahagian wajah.

Sementara itu, Abam berharap, perkara itu tidak akan berulang lagi dan dia memohon pihak yang tidak bertanggungjawab agar tidak menyebarkan cerita sekiranya mereka tidak pasti kesahihan sesebuah berita.


kalu dia kata dia yg bercumbuan....lg aku xcaya :eek:
 
gojes awek ko abam :)) slim tu
 
syed umar ye nm ko abam..perghh nama
 
laki tu mesti byk duit n ppuan tu cikaro

tu je explanation paling logik skang ni
 
tak baik la blog tu wat fitnah cam tu. kekadang tu saya duk fikir.. blog-blog semua ni.. yang wat entry citer tak betul.. cam ne la nasib diorang kat sana nanti ye.
 
Bila pula abam berkulit putih? Kesian abam difitnah.
 
Back
Top
Log in Register