BTC USD 82,260.2 Gold USD 4,195.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

___

a2zextra

Legendary Member
gem
Messages
16,408
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,408
Reaction score
274
Points
141
Kalau Macam Ni..Ahmad Maslan Pun Boleh Jadi PM.. Kata Anina

AhmadMaslan.jpg


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin telah mengisytiharkan bahawa beliau dapat mengatasi cabaran utama 1MDB, namun pengkritik percaya sebaliknya.

Bekas Ahli Umno Langkawi Anina Saadudin berkata syarikat pelaburan negara itu hanya menjual aset dalam usaha untuk mengurangkan hutangnya.

"Apa yang beliau (Najib) lakukan sekarang hanya mengatakan apa yang mereka ada dan tidak apa yang mereka usahakan. Mereka hanya menjual apa sahaja yang negara ini telah dibina setakat ini," katanya kepada Malaysiakini.

"Malah Ahmad Maslan boleh jadi perdana menteri jika anda hanya menjual tabung negara untuk membetulkan ekonomi negara," kata Anina, yang menjadi terkenal selepas menyaman Najib berhubung isu derma RM2.6 bilion.

Najib pada Jun berjanji bahawa masalah 1MDB akan diselesaikan pada 2015. Namun Anina berpendapat bahawa janji perdana menteri itu hanya sekadar untuk mengatakan sesuatu.

"Beliau pada dasarnya telah memungkiri janji lagi. Tidak ada sebarang petunjuk bahawa 1MDB semakin baik," kata Anina.

Najib semalam berkata 1MDB telah pun merangka perjanjian yang akan menyebabkan hutang-hutangnya berkurangan sekitar RM40.4 bilion.

Terkini adalah jualan 60 peratus ekuiti di Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation.

1MDB sebelum ini menjual aset tenaganya di bawah anak syarikat Edra Energy dan juga menyusun agar liabilitinya diambil alih oleh firma asing IPIC, dalam satu pemindahan aset tidak lama lagi lapor Malaysiakini.
 
Last edited:
Skrg trend org kena culik,nnt ada la yg kena culik tu
 
Budak Tingkatan 6 Pun Boleh Fikir Macam Najib Selesai 1MDB tu Kata Khairuddin

61361679710_295x200.jpg



Kerajaan Malaysia yang memiliki syarikat pelaburan strategik, 1MDB, telah melakukan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia kerana menjual tanah kepada syarikat asing.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, penjualan ekuiti 60 peratus dalam Bandar Malaysia kepada syarikat usahasama kerajaan Johor dan China dianggap menggadai harta milik negara.

“Kini negara telah hilang kepentingan pemilikan sebahagian dari hartanah di Bandar Malaysia Sungai Besi kerana 60% ekuitinya telah dibeli oleh syarikat China Rail Engineeting Corporation (CREC).

“Rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah pusaka milik kerajaan kepada syarikat asing. Ini satu pengkhianatan kerana harta milik negara terpaksa digadai kepada orang luar.

“Apakah kaedah penyelesaian hutang syarikat 1MDB seperti mana yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dibanggakan serta boleh diterima secara waras?

“Hakikatnya, kaedah ini amat jijik kerana rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah paling potensi di negara kita kepada kuasa luar.

‘Kita sepatutnya mempertahankan segala harta milik kerajaan dan negara bukan menggadaikannya untuk membayar hutang syarikat 1MDB,” katanya.

Khamis lalu, 1MDB mengumumkan penjualan 60 peratus pegangannya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) kepada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan CREC pada harga RM7. 41 bilion.

Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usaha sama 60:40 antara IWH dan CREC.

Sebelum ini, 1MDB mengumumkan anak syarikatnya, Edra Global Energy Bhd, menjual semua loji janakuasa elektrik kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 billion.

Dalam masa yang sama, Khairuddin mengingatkan Najib supaya jangan cepat syok sendiri kerana kaedah penyelesaian masalah 1MDB itu tidak harus dipuji sama sekali.

“Budak sekolah tingkatan 6 pun boleh fikir macam Najib selesai masalah bebanan hutang syarikat 1MDB. Saya secara peribadi tak minat mengenai program rasionalisasi 1MDB tetapi lebih berminat untuk tahu mana duit-duit pelaburan 1MDB dulu berada?

Beliau menyenaraikan soalan-soalan yang belum terjawab iaitu:

1-Mana pergi duit-duit pelaburan di Kepulauan Cayman kira-kira RM7 billion?
2-Apa jadi dengan kononnya duit sejumlah hampir RM4 bilion yang sepatutnya disimpan di Bank BSI Singapura?
3-Apa jadi dengan duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sejumlah RM 4 billion?
4-Kenapa bayar tanah di Ayer Hitam Pulau Pinang dengan kadar harga begitu tinggi berharga RM1.3 billion?
5-Kenapa pinjam melalui syarikat Goldman Sachs bayar faedah setinggi kadar 12%?
6-Mengapa beli janakuasa letrik dengan harga amat tinggi dari kadar harga pasaran?

“Banyak lagi soalan-soalan yang harus dijawab oleh Najib serta 1MDB,” tegasnya lapor Free Malaysia Today
 
Najib nak bagi semua org ingat akan legend hutang 1MDB 42 bilion dan derma 2.6 bilion masa pemerintahannya. Tengok Najib ingat derma 2.6 bilion. Tengok lembu ingat Shahrizat 250 juta lembu dok dalam kondo.
 
Back
Top
Log in Register