abang mamak
Fun Poster
- Messages
- 726
- Joined
- May 6, 2010
- Messages
- 726
- Reaction score
- 11
- Points
- 15
KUALA LUMPUR - Malaysia mengimport kira-kira 99 peratus bekalan gula dari luar negara bagi menampung keperluan gula dalam negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebahagian besar bekalan gula diimport dari Brazil, iaitu 509,630 tan merangkumi 41 peratus daripada bekalan, diikuti Australia dengan jumlah import sebanyak 447,480 tan atau 36 peratus dan Thailand meliputi 14 peratus atau 174,000 tan.
Selain itu katanya, bekalan gula mentah juga diperoleh dari Nicaragua iaitu 99,400 tan atau lapan peratus dan Guatemala sebanyak 12,430 tan meliputi 0.6 peratus.
"Ketika ini bekalan gula dalam negara hanya menyumbang satu peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran gula iaitu sebanyak 17,000 tan.
"Ia bagi memastikan bekalan gula di pasaran domestik sentiasa mencukupi dan tidak terjejas dengan harga yang turun naik, selaras dengan Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan yang 1961," katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) di persidangan Dewan Rakyat.
Kalo 1% tu pun dah membuatkan robert kwok tu jd no1 Malaysia,....
tak tau nak ckp 99% blh jdkan aku ape sekiranya dpt... hahaha Siapa mau tanam tebu?