Cari broker yang ada negative balance protection. Jadi kalau loss macam mana pun akaun tak akan negatif.
Elak trade waktu market tengah consolidate.
Jangan trade demo lama2, lagi elok buka akaun live dengan modal kecil supaya dapat pengalaman yang betul dalam trading.
Kalau baru belajar nak trade, mungkin lebih elok cuba dengan saham dulu. Rentak lebih slow pace. Bila dah bosan dengan saham, dari situ boleh cuba forex pulak. Kalau saham dekat bursa tu macam bawa kancil, forex ni macam bawa ferrari.
Trading ni macam business, kebanyakan akan gagal. Usahawan ramai yang akan gagal. Dalam trading, yang berjaya selalunya memang dah lama menghadap market.
Ramai orang akan ambil jalan mudah, samalah dalam kehidupan. Beli robot, EA, hanya ikut tips. Trading ni kena ada peribadi yang kuat, kena mampu buat keputusan sendiri dan take responsibility on your own trades. Bila gagal, salahkan diri sendiri. Belajar dari kesilapan.
Hakikatnya, ramai orang tak nak mengaku kesilapan sendiri dan akan cuba salahkan orang lain.
Buka akaun dengan banyak brokers. Semua broker akan cakap mereka yang terbaik, bagi bonus, bla bla bla. Semua tu marketing je. Cuba faham jenis2 broker, ECN ke, NDD ke, platform die, etc. Don't fall in love with your brokers.
Jangan trade semua capital yang ada. Sebaiknya, bahagi capital asal kepada beberapa(bergantung dengan saiz modal). Contoh kalau boleh labur 5k. Letak 500 saje dalam satu akaun. Cuba bagi balance lebih daripada 1000, kemudian ambil balik 500 untuk simpan. Cuba trade dengan duit profit saje.
Jangan baca banyak sangat. Tak perlu pergi kursus advance2. Cukup faham asas je dahulu. Paling penting kena ambil pengalaman dari Mr Market. Bila dah tahu sikit sebanyak kelemahan sendiri, baru baca topik2 yang advance. Waktu ni pergi kursus pun dah berbaloi sebab dah boleh formulate soalan2 yang ada kualiti.
Trade tanpa indicator dahulu. Cuba dapat feeling dari Mr Market. Perhati je candlestick naik turun macam mana. Kemudian fikir kalau aku nak indicator, indicator yang macam mana yang aku nak.
Ramai beginners akan mula dengan indicator macam2 tanpa tahu trading style sendiri. Bila dah tahu trading style baru explore indicators.
Yang terakhir, kena ikhlas dengan diri sendiri tentang hubungan kita dengan duit. Ada orang benci & tak suka dengan orang kaya, tapi masih nak trade forex. Ada orang sama ada sedar atau tidak, rasa tidak moral bila short sell.