BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

884 Pelajar Luar Bandar Cemerlang SPM Dirai RISDA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,522
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,522
Reaction score
322
Points
141
462712de3c4462eb7bdf433bc4ca947768877d1463cce

3fa749c93c94372a4f7921ffa062ddda68877d069d6b1

f096aeccded82a0e6c041e6f663b306d68877cfe0526c

a5b9f6c8b89418f927e6771df5b71f7e68877cf7168f2


Seramai 884 pelajar luar bandar dan anak pekebun kecil diraikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini atas kejayaan cemerlang mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 menerusi Program Tuisyen Rakyat RISDA.

Majlis Apresiasi Tuisyen Rakyat RISDA 2024 diadakan di sebuah hotel di sini.

Majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM300 kepada setiap pelajar cemerlang.

“Program ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menjayakan Aspirasi Desa MADANI supaya tiada anak desa tercicir hanya kerana faktor lokasi atau latar belakang.

“Saya yakin, dalam kalangan yang diraikan hari ini, ada yang bakal menjadi profesional, teknokrat, ilmuwan, bahkan mungkin seorang Perdana Menteri suatu hari nanti,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang, Pengerusi RISDA Manndzri Nasib, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Setiausaha KKDW Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Ketua Pengarah RISDA Zainal Azni Zulkifli.

Dalam majlis sama, Ahmad Zahid turut mengumumkan penerusan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini melibatkan peruntukan RM264.91 juta oleh RISDA untuk membantu lebih 330,000 pekebun kecil, termasuk yang berdaftar di bawah FELDA dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), bagi menghadapi cabaran cuaca tidak menentu.

Sementara itu, Manndzri berkata keberkesanan Program Tuisyen Rakyat RISDA yang dilaksanakan sejak 2007 terbukti apabila jumlah pelajar yang memperoleh 5A ke atas meningkat kepada 884 orang berbanding 654 orang tahun lalu — peningkatan sebanyak 35 peratus.

Menurut beliau, program tersebut yang menelan kos RM3.52 juta pada tahun lalu telah memberi manfaat kepada 3,015 peserta di seluruh negara, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan desa.

 
Back
Top
Log in Register