eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KULIM 20 Sept. – Sebanyak 86 buah rumah rosak akibat dilanda angin kencang disertai hujan lebat di beberapa perkampungan sekitar Mukim Bagan Sena dan Karangan di sini, petang ini, yang melibatkan 642 penduduk.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Daerah Kulim, Rohana Mohd. Yusuf berkata, berikutan kejadian itu, seramai 384 mangsa yang terdiri daripada orang Melayu kini terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara.
“Selain itu, seramai 258 lagi penduduk terdiri daripada masyarakat India ditempatkan di sebuah kuil berdekatan Ladang Bukit Sedim,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian yang bermula pada 1.30 petang itu, sebahagian daripada rumah-rumah di Ladang Bukit Sedim, Kampung Padang Ubi, Kampung Kemunting dan Kampung Padang Janggus itu rosak teruk.
Barangan elektrik dan perabot bagi rumah-rumah yang bumbungnya diterbang angin juga mengalami kerosakan kerana dimasuki air hujan. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Rohana berkata, seramai 19 kakitangan JKM ditugaskan untuk melakukan bancian dan menyampaikan bantuan awal berupa makanan dan kemudahan lain kepada mangsa.
Beliau berkata, pihaknya akan menyampaikan bantuan susulan selepas kerja-kerja bancian disiapkan dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, seorang mangsa, Siti Hawa Ahmad, 68, berkata, kejadian berkenaan berlaku selepas hujan lebat berterusan sehingga beberapa jam bermula kira-kira pukul 1.30 petang.
Katanya, sebelum kejadian, dia pergi mendapatkan rawatan penyakit jantung di Hospital Kulim.
“Ketika tiba, saya dapati air sudah masuk ke dalam rumah dengan banyak. Tidak lama selepas itu, angin kuat datang dan menerbangkan bumbung dan siling rumah,” katanya.
Siti Hawa berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu, dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa supaya selamat.
Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahamud turut melawat mangsa dan menyumbangkan bantuan berupa makanan dan wang tunai kepada mereka.
Beliau berkata, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Pengurus Ladang Bukit Sedim, S.Sivaraj untuk melantik kontraktor menjalankan kerja-kerja pembaikan rumah yang rosak dalam kadar segera.
“Kita menganggarkan nilai kerosakan yang dialami adalah melebihi RM100,000.
“Kita akan cuba dapatkan bantuan daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk membantu mangsa berkenaan,” jelasnya.