8 Langkah Mengundi PRU-13.

CG Sponsors




Jutawan

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2006
Messages
7,480
Reaction score
182
Points
78
Tanggal 5 Mei 2013, selaras dengan hari pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), pemilih (pengundi) warganegara Malaysia yang berdaftar wajib mengikut beberapa langkah untuk mengundi.

LANGKAH 1
Pertama sekali, sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.

LANGKAH 2
Apabila tiba di pusat pengundian, anda perlu beratur di luar bilik mengundi dan hanya akan dibenarkan masuk oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk tersebut.

LANGKAH 3
Seterusnya, kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda.

LANGKAH 4
Selepas itu, gerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari.

LANGKAH 5
Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

LANGKAH 6
Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. Ingat, anda hanya boleh memilih satu calon sahaja.

LANGKAH 7
Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

LANGKAH 8
Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.

Proses pengundian akan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang dilantik dan jika anda mempunyai pertanyaan, anda boleh rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.

p/s : Selamat Mengundi!
 
Sponsored Post

nonenime

Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
1,638
Reaction score
25
Points
30
fuhh 1st time nih..takut plak..hehee
 

SVR-Marketing

Active Member
Joined
Mar 29, 2013
Messages
1,239
Reaction score
0
Points
20
ingatkan dgn 8 langkah je ble trus sampai ke tempat mengundi.hehe...
 

Abg Din

Fun Poster
Joined
Apr 16, 2013
Messages
357
Reaction score
0
Points
10
Saya pilih Malaysia tapi parti lom tau lagi :D
 

pokke

Active Member
Joined
Feb 25, 2011
Messages
1,130
Reaction score
15
Points
25
bukak thread undi rosak plk tt..mna tau mmbantu dlm cg nie
 

Jutawan

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2006
Messages
7,480
Reaction score
182
Points
78
HP blh bawa.. tp pastikan silent @ jgn bg bunyi...
Gmbar pong xleh nk amik...:D
Zaman cyber, semua gambar nak ditangkap dan di pos di Instagram/FB.. sudah2 ler tu.. jangan ler taksub sangat.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register