eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai forensik memberitahu Mahkamah Sesyen semalam, dia ada melihat lapan contengan di dinding dewan dan empat permaidani merah di tempat kejadian di dewan Universiti Malaya (UM), tahun lalu.
Deputi Superintendan Shaikh Zainal Abidin Shaikh Omar, 54, yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata dia melihat tiga contengan di kiri dewan, tiga di kanan dewan dan dua di depan dewan yang tercatat perkataan berbaur hasutan. Katanya, antara perkataan dilihat tertera pada dinding dewan itu adalah ‘Altantuya puaka’, ‘Altantuya bini puaka C4 pembunuh’, ‘bini puaka’ dan ‘C4’ yang diconteng secara tidak tersusun. Mengenai soalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin mengenai empat permaidani merah yang ditemui, dia menjawab bahawa ada bau minyak yang disyaki petrol. Dia berkata demikian ketika menjadi saksi kelapan pendakwaan bagi kes membabitkan lima mahasiswa UM yang didakwa melakukan khianat membakar, menceroboh dan menconteng Dewan Utama Fakulti Akademi Pengajian Islam UM, pada jam 4 pagi, 24 Jun 2009.
Tertuduh terdiri Mohamad Izzudin Hilmi, Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli, Mohd Aizat Rosle, Mohamad Saiful Jelani, Mohd Shazni Munir Mohd Ithin, masing masing berusia 22 tahun. Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Sesyen 436/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. Bagi tuduhan kedua dan ketiga, mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM3,000 dan Seksyen 427 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Sementara itu, saksi kelapan itu turut mengakui tidak melihat minyak di tangan suspek ketika menjalankan pemeriksaan sewaktu menjawab soalan dikemukakan peguam bela, Mohd Arfizi Mohd Ramli. “Ia prosedur biasa yang perlu kami jalankan untuk tentukan sama ada ada atau tidak kesan minyak pada tangan suspek,” katanya. Saksi kesembilan pendakwaan kes, Sarjan L Thuraisingam, 50, pula berkata beliau ke pondok keselamatan selepas mendapat maklumat seorang suspek ditahan pengawal keselamatan pada jam 9.25 pagi, 24 Jun 2009. Menurutnya, beliau ke sana dan membuat tangkapan semula serta membawa suspek ke dewan terbabit untuk menyalin baju dan seluar suspek bagi dijadikan barang kes sebelum dibawa ke Balai Polis Pantai untuk siasatan lanjut. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff bersambung 1 Julai ini.