ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Hasan Malek
SEREMBAN 24 Julai - Aktiviti penguatkuasaan terhadap pemantauan harga barangan terus dijalankan menerusi Ops Catut Fasa 2 dengan 758,362 premis diperiksa di seluruh negara sejak 1 April lalu hingga semalam.
Daripada jumlah itu, sebanyak 347,320 pemeriksaan telah dilakukan ke atas pasar basah, 99,555 (pasar malam dan pasar tamu), 40,137 (pasar tani) dan 67,156 (kedai runcit).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, premis lain yang turut diperiksa bagi tempoh tersebut ialah pemborong (5,192), pasar raya besar (2,895) dan pasar raya (10,729),
“Pihak penguat kuasa juga menjalankan pemeriksaan di pasar mini (15,600), gerai makan (6,524), kedai makan (9,555) dan restoran (4,238).
“Pada bulan Ramadan yang lalu, kita juga menjalankan pemeriksaan sebanyak 116,135 premis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelas Hassan, di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, sebanyak 1,848 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan bagi tempoh tersebut.
Malah katanya, sebanyak 31 kertas siasatan dibuka kerana kegagalan peniaga mengemukakan maklumat manakala 55 kertas siasatan dibuka kerana kesalahan mencatut.
Tambahnya, jumlah keseluruhan kes yang diambil bagi tempoh tersebut ialah 4,994 dengan nilai rampasan RM947,121 manakala keseluruhan nilai kompaun pula RM660,886.
“Jika mengikut kesalahan, sebanyak 3,166 kes didapati berkaitan dengan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, 1,742 kes (Akta Timbang dan Sukat 1972), 50 kes (Akta Perlindungan Pengguna 1999) dan 36 kes (Akta Perihal Dagangan 2011),” katanya.
Jelas Hassan, Ops Catut dijalankan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan caj bagi perkhidmatan dengan mengambil keuntungan tinggi secara tidak munasabah.
Katanya, anggota penguat kuasa di seluruh negara sentiasa membuat pemeriksaan, pemantauan dan penyiasatan di setiap jenis dan peringkat perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang dan peraturan.