Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
kesian diaorg nih...mana nak tinggal...
kerajaan laa kena bertindak...kata RAKYAT DIDAHULUKAN

KUALA LUMPUR - Tujuh puluh penghuni wanita berusia antara dua bulan dan 85 tahun akan hilang tempat tinggal apabila mereka diarah keluar dari rumah perlindungan Rumah Titian Kasih (RTK) yang disewa selewat-lewatnya hari ini.
Pengusaha RTK, Sharifah Adlan berkata, mereka telah diarah keluar atas perintah mahkamah dari banglo No. 15 Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa apabila pemiliknya mahu menjual kediaman berkenaan untuk tujuan komersial.
"Kami menyewa kediaman ini sejak tahun 2008, namun pada tahun lepas, pemilik banglo ini mengambil keputusan untuk menjual kediaman itu atas dasar komersial.
"Kami tidak mampu untuk membeli banglo ini dengan harga RM2.7 juta," katanya kepada pemberita di sini semalam.







Di mana agaknya anak2 mereka ni yea?:-?kesian kat nenek2 dan datuk2 kt situ
kt mana la dorg nk tumpang berteduh lak nanti