BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

70 penghuni RTK dihalau

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Tujuh puluh penghuni wanita berusia antara dua bulan dan 85 tahun akan hilang tempat tinggal apabila mereka diarah keluar dari rumah perlindungan Rumah Titian Kasih (RTK) yang disewa selewat-lewatnya hari ini.

Pengusaha RTK, Sharifah Adlan berkata, mereka telah diarah keluar atas perintah mahkamah dari banglo No. 15 Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa apabila pemiliknya mahu menjual kediaman berkenaan untuk tujuan komersial.

"Kami menyewa kediaman ini sejak tahun 2008, namun pada tahun lepas, pemilik banglo ini mengambil keputusan untuk menjual kediaman itu atas dasar komersial.

"Kami tidak mampu untuk membeli banglo ini dengan harga RM2.7 juta," katanya kepada pemberita di sini semalam.
 
kesian diaorg nih...mana nak tinggal...

kerajaan laa kena bertindak...kata RAKYAT DIDAHULUKAN
 
kesian... moga Allah permudahkan urusan mereka pas nie...

InsyAllah ada mereka yg akan dtg membantu...
 
tak buleh ka mereka d tempatkan ke rumah kebajikan..
jabatan kebajikan masyarakat kan ada..
 
Salam.. tmn pun hairan? apa tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat da??? tak akan berdiam diri
 
Semoga ada yg dpt membantu..kesian diorg ni bakal hilang tempat berteduh..
 
jabatan kebajikan masyarakat hanya boleh bantu rm100 sebulan..
 
ptot pengusaha rtk tu bersedia lebih awal bila dh dpt notis..masalah ni klo diutarakan dgn betul mesti ade yg tolong..bukan melalak jer mcm org lain..tau menyalak tp xbuat ape2
 
Smua tu sebenarnya kerja BN,aku jamin lepas nih pasti pihak BN akan tolong,kira nak jelaskan pada rakyat kerajaan bertanggungjawap,publisiti jer lebih,tunggu penghuni kena halau baru dapat bantuan,lepas tu masuk la dlm paper la,berita la... biasa la PRU dan nak datangg....
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register