the best seller
Active+ Member
- Messages
- 4,041
- Joined
- Jun 3, 2010
- Messages
- 4,041
- Reaction score
- 86
- Points
- 30
7 peringkat solat...
1. Sembahyang orang jahil :
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.
Hakikatnya : Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah yang panjang-panjang.
2. Sembahyang orang lalai :
Fardhu ain dah clear, tapi bila start saja angkat takbir, 'xpdc'
otak pun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang,
sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam
sembahyang. Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala,
tiba-tiba saja dah toleh kanan, toleh kiri ... selesai.
Hakikatnya :
Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. Allah
hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam sembahyangnya.
3. Sembahyang bukan kerana Allah :
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang, tapi ada
pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil
hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member-member
dan sebab-sebab lain.
Hakikatnya :
Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya, kecuali
bila dah bertaubat dan menyesal sungguh-sungguh.
4. Sembahyang orang mujahadah :
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingat Allah.
Jadi dia paksa-paksakan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila
mula nak melayang ke lain, cepat-cepat disentap balik. Jadinya
sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang
sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan
syaitan dan nafsu.
Hakikatnya :
Terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang kategori
ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi ibadahnya.
5. Sembahyang orang soleh :
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya,
fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh
lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang
tidak terasa olehnya.
Hakikatnya :
Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya
selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri daripada
melakukan perbuatan keji dan mungkar.
6. Sembahyang para wali :
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu
ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri dihadapan
Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar-benar lemah dan mengharap.
Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya.
Hakikatnya :
Bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang tidak
terucap juga dapat dirasai.
7. Sembahyang para nabi dan rasul :
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam keagungan
Allah......tak dapat digambarkan indah dan nikmatnya.......
Jadi, tingkat mana solat kita?
Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min
sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
p/s: perlu muhasabah diri kita supaya keindahan solat dapat dinilai dengan mata hati....