BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

7 JANGAN Dalam Simpanan Emas

trimas bro. tengah kumpul duit gak tuk beli emas...sebaiknya emas dibeli dan disimpan di safety box kat bank2..

TT ni bukan bro . . ni sis , cikgu ni . . sifu ni dalam bab emas , bagus kalau nak tanya pape kat cikgu ni . . sekadar berkongsi je . . . hehe . . :D :)cgrock
 
terasa mcm nak tambah 2 urat lagi gelang emas ni... adus...
 
1thn dpt beli 100g jd le...10thn dah ade 1kg...byk gak tu ye..hehe
 
welcome kpd yg ucap thanks..

artikel tu sy tulis..berdsrkan pengalaman/pemerhatian/dan sedikit kajian tk rasmi yg sy buat..smoga mmbntu..

kpd yg tk tau nk buat pilihan pula
..maybe info ni berguna..:

Sejak semakin ramai yang celik emas,semakin ramai orang yang mula menyimpan emas secara konsisten.Maka saya jugak menerima banyak juga soalan-soalan tentang emas ini.Antaranya saya dapati,ramai yang tak tahu membuat pilihan.


Nak simpan apa?

Gold bar kah?Dinar kah?barang kemaskah..Dirham atau silver?Yang mana satu..

Maka soal saya kembali.Tujuannya apa?

Kalau simpanan emas itu untuk menggantikan simpanan wang kertas,ini dikira sebagai simpanan jangka masa panjang,maka gold bar lah yang paling sesuai.Jika bajet kecil,boleh mulakan dengan dinar.Gold bar adalah emas 999 dan 999.9 di mana ketulenannnya adalah 24k atau dipanggil emas sepuluh.

Spread gold bar lebih rendah dan ianya sesuai untuk simpanan jangka masa panjang(digalakkan),dan dengan sedikit ilmu,boleh juga dijadikan simpanan jangka masa pendek/sederhana.

Dinar pula sebenarnya untuk tujuan muamalat,contohnya dinar Kelantan,maka tujuan membelinya haruslah dengan niat untuk bermuamalat,tapi tak semestinya anda belanjakan sekarang.Mungkin anda boleh simpan dahulu untuk dibelanjakan kemudian hari.Begitu juga dirham,ia juga untuk muamalat.Ia diperbuat daripada silver 999.9.Ramai juga yang membeli untuk tujuan pelaburan,sedikit kesilapan di sini.Niatkanlah untuk muamalat dan membayar zakat,atau lain-lain yang bersesuaian.Anda boleh rujuk di sebelah kanan blog ini,ada senarai tempat-tempat yang terima dinar dan dirham untuk muamalat,dan untuk list terkini,sila rujuk group di fb-dinar dan dirham atau dinar dinihari.

Dinar lain yang ada di pasaran mungkin lebih sesuai dijadikan sebagai simpanan (saya kurang minat nak sebut pelaburan).Kerana ia lebih kepada syiling emas kerana tidak diiktiraf oleh pemerintah.Maka dinar jenis ini sesuai sebagai simpanan.

Barang Kemas?

Barang kemas bukanlah simpanan emas yang terbaik,kerana mengalami susut nilai yang tinggi.Jika tolak ke kedai,spread mencecah sehingga 25% dan ke atas,kalau trade in 18%

Kecuali anda menyimpan/memakai brg kemas lebih lama.Untuk mengelakkan anda rugi,elakkan :

1.trade ini

2.jual barang kemas kerana ia akan dibeli dengan harga emas terpakai

Juallah bila hanya terdesak,dan simpanlah walaupun barang kemas tersebut telah rosak kerana ia tetap emas dan boleh diwariskan kepada anak-anak anda.Sebagai contoh,2 gelang tangang yang saya belikan untuk anak perempuan saya telah bengkok,saya tetap menyimpannya untuk diberikan kepada beliau bila dewasa nanti.Sebaliknya saya berhajat untuk belikan yang baru untuknya.Dengan cara ini,simpanan emas bertambah.

Silver atau dirham?

Silver terdapat dalam banyak jenis,bar,syiling,dan raw.Walaupun dirham juga silver tetapi tujuan menyimpannya adalah untuk muamalat.Maka simpanlah silver jenis lain sebagai simpanan anda.
 
Last edited:
TQ TT........Tadi wife i dah usha2 kt kedai poh _ong....
 
TT ni bukan bro . . ni sis , cikgu ni . . sifu ni dalam bab emas , bagus kalau nak tanya pape kat cikgu ni . . sekadar berkongsi je . . . hehe . . :D :)cgrock

terima kasih atas penjelasan..mmg rmi igt sy ni lelaki..huhu..kt fb pun sama..igt lelaki..hehe..
 
TQ TT........Tadi wife i dah usha2 kt kedai poh _ong....

poh kong ikut harga ni :http://www.fgjam.org.my/

utk emas 916 bru diturunkan 16hb dis =rm187 pergram (tk termasuk upah)

bndingkan dgn hrga brg kemas di sini (rujuk D-series ) :http://www.publicgold.com.my/v1/

terkini ialah rm171.64 /gram (tiada upah tukang)

perbezaan rm16.64 /pergram..klu brg kemas 20g =rm320+ (belum cmpur upah tukang di kedai emas)

nasihat sy....klu nk beli di kedai emas..blh beli di kedai emas yg masih jual murah..cthnya yg satu tau kedai Emas Sri ayu..tokey nya pun ada kat CG ni..mmg murah :)cgrock

klu area lain..klu tk silap..kedai emas kt chow kit pun jual murah..dan yg penting..tulen
 
akhirnya cikgu simple kembali dari cuti panjang, :D

 
Back
Top
Log in Register