BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

7 GRO ditahan separuh bogel

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
je_05.1.jpg


SEKUMPULAN GRO ditahan di sebuah hotel di Lebuh Light, Pulau Pinang, kelmarin.

PULAU PINANG 25 Jan. – Sekumpulan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan oleh sepasukan polis di sebuah hotel bajet di Lebuh Light di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang terdiri daripada dua rakyat tempatan dan lima warga Indonesia tidak sempat melarikan diri berikutan pintu utama hotel telah dikepung oleh polis.

Ketika itu, mereka sedang asyik melayan pelanggan masing-masing di bilik.

Difahamkan, mereka mengenakan caj RM50 untuk perkhidmatan seks dan RM10 lagi untuk ‘aksi tambahan’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, wanita yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.

Menurutnya, empat pelanggan termasuk seorang penjaga hotel turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan di setiap bilik hotel ditemui puluhan kondom yang sudah dipakai, cecair pelincir serta tisu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berikutan pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah beberapa kali diserbu.

Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Penjaga hotel itu pula disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan wanita bagi tujuan pelacuran.
 
org tempatan pon terlibat. nak tambah pengalaman dgn warga indon ke.
 
murahnya 50 ja dan tambah 10 ahahaahahaha
 
wahahah...nafsu mesti dia lepaskan.jnji hahaha puas adoiii
 
gro ni patut kene "tepung tawar"
 
murahnye rm50 jerk,mesti huduh pelacur tu kan hahaha
images
 
Back
Top
Log in Register