strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
IPOH -* Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Negeri berjaya menahan tujuh lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pinjaman wang tidak berlesen (ah long) di sekitar bandar raya ini sejak 8 hingga 23 Februari lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, berdasarkan soal siasat yang dijalankan, tujuh yang ditahan itu adalah termasuk ketua kepada dua kumpulan ah long berbeza.
Menurutnya, suspek terbabit disyaki bergiat aktif dalam kegiatan menyimbah cat merah di rumah atau pejabat mangsa semata-mata untuk mengutip hutang.
“JSJK Negeri telah menerima beberapa aduan mengenai kegiatan ah long sejak akhir tahun 2013 hingga awal Februari tahun ini yang menyimbah cat merah di rumah atau pejabat mangsa semata-mata untuk mengutip hutang.
“Tujuan sindiket ini menyimbah adalah untuk mendatangkan ketakutan dalam diri mangsa supaya mangsa akan membayar hutang mereka kepada sindiket berkenaan dengan segera.
“Bertindak atas aduan tersebut satu jawatankuasa khas membabitkan anggota dari Bahagian Risikan dan Operasi JSJK Negeri ditubuhkan untuk mengesan dan menangkap sindiket ah long yang menjalankan akitiviti tidak bermoral itu,” katanya.
Beliau berkata, kesemua ahli sindiket ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 B Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tuga tahun, denda tidak kurang RM50,000 atau tidak melebihi RM250,000.
“Ahli sindiket akan menggunakan ugutan, kekerasan dan mendatangkan khianat kepada harta benda untuk mendapatkan kembali wang pinjaman yang telah diberi mereka bukan sahaja mengancam keselamatan peminjam malah mendatangkan kegusaran kepada keluarga peminjam.
“Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pinjaman daripada peminjam wang haram tidak berlesen yang menyediakan pinjaman dalam kadar segera atau mudah kerana kadar faedah yang dikenakan oleh sindiket tersebut adalah tinggi berbanding institusi kewangan berlesen,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Acryl berkata, sebanyak 71 kes ‘African Scam’ atau ‘Love Scam’ dilaporkan pada 2013 dan sepanjang dua bulan pertama sehingga semalam sebanyak 13 kes dilaporkan di negeri ini.
“Orang ramai perlu berwaspada dan tidak mudah percaya dengan janji seperti hadiah istimewa, warisan harta bernilai ratusan ribu ringgit yang juga taktik popular kumpulan ini.
“Sehubungan itu, kami ingin menasihatkan terutamanya kaum wanita supaya tidak mudah terpedaya dengan kenalan baru yang dikenali melalui laman sosial di internet,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/tujuh-ah-long-diberkas-1.254840