BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

69 Komando 'bertempur' komunis

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
dn_21.1.jpg


SEBAHAGIAN daripada pelatih asas hutan 69 Komando bersama rakan-rakan yang 'cedera' bersiap sedia meneruskan latihan peringkat akhir di Bukit Slim, Slim River, Perak, semalam.

SLIM RIVER 17 Feb. - Lapan pengganas komunis terbunuh dalam 'pertempuran' sengit selama lebih 30 minit dengan pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) di hutan simpan Bukit Slim, Ulu Slim dekat sini.

Pertempuran bermula pukul 7 pagi itu berlaku dalam suasana masih gelap setelah anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) itu berjaya dijejaki pergerakan mereka sejak dua minggu lalu.

Sepanjang pertempuran tersebut, lima anggota 69 Komando cedera terkena tembakan dan jerangkap samar yang dipasang sekeliling kem pengganas komunis terbabit.

Pertempuran tersebut turut menggemparkan penduduk sekitar Ulu Slim kerana bunyi tembakan dan letupan bom dapat didengar sejauh tiga kilometer.

Namun, semua aksi pertempuran itu sebenarnya adalah latihan asas hutan pasukan 69 Komando melibatkan 35 pelatih.

Ia merupakan hari terakhir latihan asas hutan setelah lima bulan para pelatih itu menjalani latihan.

Selain kawasan hutan Bukit Slim, para pelatih berkenaan turut menjalani latihan di Manong dan sekitar Kuala Kangsar termasuk di hutan paya bakau.

Sebelum latihan hari terakhir itu diadakan, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Khas (KDN/KA PGK) Datuk Abd. Rashid Haron dan Komander 69 Komando, Datuk Azizan Abd. Aziz turut hadir bagi memberi semangat kepada para pelatih.

Abd. Rashid memberitahu Utusan Malaysia, para pelatih itu merupakan sejumlah kecil daripada lebih 400 anggota polis yang menyertai pemilihan peringkat awal untuk menyertai 69 Komando selama dua minggu di Hulu Kinta.

Menurutnya, daripada jumlah itu hanya 88 anggota berjaya dipilih menyertai latihan asas komando selama lima bulan termasuk latihan asas hutan tiga bulan.

''Bagaimanapun, daripada 88 orang itu hanya 35 anggota sahaja berjaya mengharungi segala cabaran dan halangan hingga ke peringkat akhir latihan,'' katanya.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata, memandangkan situasi semasa dan pentingnya peranan 69 Komando terhadap keselamatan negara, terdapat cadangan supaya tempoh latihan asas itu dilanjutkan.

''Ini berdasarkan PDRM memerlukan anggota-anggota komando yang lebih berkemahiran dan berpengetahuan.

''Kita sedang fikirkan cadangan tersebut,'' katanya.

Sementara itu, Azizan pula memberitahu, walaupun 35 pelatih itu dapat mengharungi latihan sehingga ke hari terakhir, namun mereka akan dinilai semula.

''Kita akan terperincikan setiap kebolehan, kemampuan, kemahiran, disiplin serta sikap mereka termasuk dari segi kerjasama berpasukan sepanjang menjalani latihan.

''Ini termasuk penilaian daripada para jurulatih dan mereka yang layak sahaja akan dipanggil untuk menyertai 69 Komando,'' katanya.
 
ingat btoi2 upanya scam kekekekke
 
komando polis dgn komando askar mana lg hebat
 
semoga yg cedera tu segera smbuh...hrp kluarga mereka brsabar laa yer!:D
 
komando polis dgn komando askar mana lg hebat

kalau ikut sejarah malaysia..yang paling terlatih di hutan komando polis lah...komando 69.... macam isiden gerakan al maunah dahulu,dia ornglah pakat serbu...komando 69 ni memang speacial skit.....
 
latihan upenya..
ku sangka kn btol2 td..
 
kalau kita kat sekolah tak boleh ke nak dptkan training macam ni dalam unit beruniform? huhuhu
 
kalau ikut sejarah malaysia..yang paling terlatih di hutan komando polis lah...komando 69.... macam isiden gerakan al maunah dahulu,dia ornglah pakat serbu...komando 69 ni memang speacial skit.....

UTK tu pun komando polis jugak kan bro:-?
 
Back
Top
Log in Register