BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

67.9 Peratus Syarikat Sabah, Sarawak, Labuan Nikmati Manfaat Daftar Sektor Baharu SKDS

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

67.9 Peratus Syarikat Sabah, Sarawak, Labuan Nikmati Manfaat Daftar Sektor Baharu SKDS​

f724e852067a8cfc2fbc3a295c7834fa6a65ad5de2e9f

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (dua, kanan) menyaksikan penyerahan Fleet Card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) oleh Pengurus Besar, Bahagian Runcit - Bahagian Api, PETRONAS Dagangan Bhd Mohd Feiruz Mohd Ghazal (dua, kiri) kepada wakil syarikat perniagaan pada majlis penyerahan Fleet Card SKDS sempena program Jom Malaysia di Kompleks Sukan Sandakan hari ini.

Sebanyak 67.9 peratus syarikat berdaftar di bawah peluasan sektor baharu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi kategori penggunaan jip dan pikap adalah dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata jumlah itu merangkumi 10,453 syarikat dengan 18,538 kenderaan didaftarkan di ketiga-tiga wilayah tersebut.

Beliau berkata angka berkenaan merupakan sebahagian daripada 15,388 syarikat melibatkan 25,781 kenderaan berdaftar di bawah kategori itu di seluruh negara sejak peluasan tersebut dibuka pada 3 Julai lepas.

“Peluasan kelayakan kepada sektor baharu ini merupakan antara penambahbaikan utama pelaksanaan SKDS yang mendapat sambutan positif, sekali gus menunjukkan sebahagian besar syarikat penerima manfaat berdaftar di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Inisiatif ini membolehkan perniagaan milikan tunggal dan perkongsian yang menggunakan kenderaan jip dan pikap berdaftar di bawah kelas kegunaan persendirian syarikat menikmati subsidi diesel RM300 melalui mekanisme SKDS,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan fleet card SKDS kepada 15 syarikat sempena penganjuran Festival Jom Malaysia di sini hari ini.

Armizan berkata dua lagi sektor di bawah SKDS ialah pengangkutan darat awam serta pengangkutan darat bagi barangan keperluan pengguna, dengan syarikat mendapat kelulusan SKDS boleh memperoleh fleet card daripada syarikat minyak bagi tujuan pembelian diesel bersubsidi.

Beliau berkata kementeriannya turut menggesa syarikat yang memenuhi syarat kelayakan tetapi masih belum berdaftar di bawah SKDS, supaya segera mengemukakan permohonan menerusi portal MySubsidi.

Armizan menjelaskan kementeriannya hanya bertanggungjawab mengawal selia penyaluran subsidi diesel bagi 35 jenis kenderaan perdagangan, manakala kategori individu menerusi Budi Diesel dan Budi Agri-Komoditi dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Sementara itu, Armizan meminta wakil rakyat Sabah menyalurkan sebarang pandangan atau cadangan berhubung penyeragaman syarat kelayakan subsidi diesel dan petrol bagi kategori yang tidak melibatkan kenderaan perdagangan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

 
Back
Top
Log in Register