BTC USD 81,038.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

666 adakah benar?

666 paling aku ingat......

lagu iron maiden......

'the number of the beast'....
 
ada yang kata berkait dengan sahabat nabi dan
lain-lain termasuk Al-Quran lihatlah dibawah.

Sering terdengar sesetengah orang Melayu menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur'an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar.

Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian - "syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu" (6:112).

Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah calculator dan sebuah kitab al-Qur'an. Mula dari surah Fatihah yang diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian pergi ke hujung surah 2 (al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur'an yang sebenar.

Maka bilangan ayat di dalam al-Qur'an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti yang diajar ulama palsu.

Tiap-tiap surah, melainkan surah 9 (At-Taubah), bermula dengan "Bismillah." Akan tetapi hanya Bismillah yang pertama di dalam al-Qur'an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah), dikira sebagai satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di surah lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.

Andaikata bilangan 112 itu ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi 6,348, yang bukan juga sebanyak 6,666 yang keramat itu.

Perbezaan bilangan ayat di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666 adalah 430 dan 318 masing-masing. Perbezaannya besar. Di manakah pula tersimpannya ayat-ayat yang berlebihan itu?

Mungkin terdapat orang yang mempercayai ada unsur mistik pada nombor 6666 itu. Sekiranya begitu, maka mistis nombor 6666 itu adalah, tiada lain, tetapi hanya karut belaka. Kerana tiada ayat Allah daripada al-Qur'an yang tersembunyi. Tiada juga kebenaran pada kepercayaan iaitu hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui rahsianya.

Kembali kepada nombor 6,666, lalu teringat akan seorang kenalan, semasa bekerja dulu, yang mengatakan jumlah ayat al-Qur'an adalah sebanyak itu. Setelah diberitahu jumlah yang sebenar, dan bagaimana ia diperolehi, dia berkata, sedang tidak mempercayainya, bahawa dia akan bertanya "Tok Mufti" mengenainya. Tok itu adalah guru yang mengajarnya. Sangat dibanggakannya. Mahukah tidak berbangga dapat berguru atau berapat dengan seorang Mufti negeri yang manis rupa dan pertuturannya, lagi dihormati dan masyhur pula. (Mufti tersebut telah bersara beberapa tahun lalu.)

Itulah padah bagi mereka yang tidak mahu mendengar semua ucapan atau pandangan orang lain. Mereka hanya mendengar ucapan orang-orang tertentu sahaja yang disangka alim serta didewa-dewakan oleh orang ramai. Lalu bukti yang jelas dan nyata, apabila tampil ke mukanya, didustakan dengan sengaja. Sebab, ingin menerima ucapan "dewa" yang palsu dan indah, yang menipunya (atas kecuaiannya sendiri), sebagai yang hak dan benar.

Setelah Allah memperingatkan supaya mendengar semua ucapan orang, serta menggunakan minda untuk memilih dan mengikuti yang terbaik daripadanya, sesetengah orang Melayu masih dalam keraguan. Walaupun, cara itu, tambah-Nya lagi, akan membuat-Nya memberi petunjuk, namun mereka tetap dalam keadaan ragu-ragu atau lupa.

Justeru, Peringatan itu diturunkan di bawah ini untuk renungan bersama. Dengannya, berakhirlah tulisan di sini. Firman Allah:

"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda" (39:18).

Kununnya AlQuran ada 6,666 ayat tu ada kat silibus Pendidikan Agama Islam KBSM tingkatan 1.. Secara tidak langsung, seluruh rakyat Malaysia yg telah atau pernah belajar subjek tu telah diselewengkan oleh sistem pendidikan kita sendiri.. Yg paling asas pun org boleh auta, apatah lagi yg intermediate n yg advance2 tu...
Buku tesk subjek tu masih xberubah pd tahun 2008.. 2009 blum check lg... Camne ye...??:-?
 
soalan cepu emas...mengapa thread ini didalam bahagian agama?

ofcoz la..
ni psal agame..
kepercayaan no 666 ni no setan x berasas tp rmai org caye..
termasuk aku dlu2...tp skang pudar cket kepercayaan die sbb tu sume mainan kafir..ape kene ngene 666 dngn setan..
dan setahu aku 666/6666 ni ade kene ngene ngan zaman Nabi dahulu..
 
666 paling aku ingat......

lagu iron maiden......

'the number of the beast'....

hehe.
feveret2...
lirik die bahaye..jngn bace..haha..
aku da buang lagu tuh..kakaka
 
kitab injil Revelation bab 13 ayat 18
Ini memerlukan kebijaksanaan. Siapa yang bijak dapat mengira bilangan nombor binatang itu, sebab nombor itu ialah nama seorang manusia. Nombornya ialah 666.

bagi umat Islam 666 itulah nama dajjal.
 
hehe.
feveret2...
lirik die bahaye..jngn bace..haha..
aku da buang lagu tuh..kakaka

sebenarnya sesiapa nyanyi lagu tu adalah sedang memuja dajjal ataupun setan, mempertuhankan dajjal.
 
kitab injil Revelation bab 13 ayat 18
Ini memerlukan kebijaksanaan. Siapa yang bijak dapat mengira bilangan nombor binatang itu, sebab nombor itu ialah nama seorang manusia. Nombornya ialah 666.

bagi umat Islam 666 itulah nama dajjal.

kalu bley sertekan bukti..
nk bace gak bukti2 666 ni setan..
 
kalu bley sertekan bukti..
nk bace gak bukti2 666 ni setan..

kalau awak ialah seorang Kristian tanyalah paderi-paderinya mereka lebih layak sebab gelaran paderi bagi Islam pula adalah gelaran ustaz.




p/s: saya bukan ustaz. huhuhuhu:">
 
dajjal 666

666 Islam panggil nama dajjal
dajjal Kristian panggil nama 666 mark of the beast.
 
Back
Top
Log in Register