BTC USD 81,227.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

60 kali derma darah

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,872
Points
1,831
Seremban: “Tragedi kemalangan mengakibatkan adik patah pinggang dan memerlukan darah menyebabkan saya mulai aktif menderma,” kata penyelia syarikat pembersihan Zainuddin Zainal, 54, yang ditemui pada program Menderma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan di Balai Raya Taman Desa Temiang, di sini, semalam.

Zainuddin berkata, masih ramai masyarakat kurang kesedaran berbuat demikian kerana tidak menyedari sumbangan itu membantu insan memerlukan.

Katanya, kesedaran untuk menderma darah tercetus apabila adiknya, Zaharin, 50, terbabit dalam kemalangan pada 1980 apabila dilanggar kereta sewaktu menunggang motosikal.

“Pada masa itu, adik patah pinggang dan kehilangan darah. Doktor memberitahu memerlukan darah sedangkan kekurangan stok menampungnya,” katanya yang ditemui selepas menderma darah di program berkenaan.

Menurutnya, dia buat pertama kali menyumbangkan darahnya kepada Zaharin yang kebetulan mempunyai darah jenis sama.

“Selepas itu, keinginan menderma membuak-buak dan sehingga kini, sudah 60 kali saya melakukan kerja amal itu,” katanya.

Zainuddin berkata, untuk memastikan sumbangan itu berterusan, setiap dua bulan sekali dia datang ke hospital untuk menderma darah.

Pengerusi Rukun Tetangga Taman Desa Temiang S Krishnan berkata, 63 individu datang menderma darah tahun lalu dan an menyasarkan 100 penderma kali ini.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13227#sthash.IUQvwBH4.dpuf
 
same goes to me, mula2 nk derma takut. dh cuba sekali, tiap 3 bulan xleh miss.. ketagih nk derma
 
biase kalo buat program derma2 darah ni.. balik2 cina jer yg menderma... melayu ada gak tpi kurang... hmmm
 
same goes to me, mula2 nk derma takut. dh cuba sekali, tiap 3 bulan xleh miss.. ketagih nk derma

oh ada gak ketagih rupanye

ak luka sikit je dh pening2 hilang darah. derma entahla
 
Terima kasih pakcik...terima kasih pada semua penderma

Saya penerima darah dari pusat darah negara

Kalo swasta kena bayar mahal pulak tu...
 
biase kalo buat program derma2 darah ni.. balik2 cina jer yg menderma... melayu ada gak tpi kurang... hmmm

ramai yg x lepas saringan. suka tengok je, pastu buat muka pedih.
 
Back
Top
Log in Register