BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 sekeluarga taruma dibaling bom api

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
GEORGETOWN; Enam sekeluarga trauma selepas rumah sewa mereka di No.158, Rumah Baru Weldquay di sini dibaling bom api (molotov cocktail0 dalam kejadian 3.22 pagi ini dipercayai bermotifkan ugutan.

S Murali, 37, berkata semasa kejadian mereka sekeluarga sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi bising motorsikal sebelum terdengar bunyi kuat menghentam dinding rumah.

"Isteri dan empat anak saya terkejut dengan bunyi kuat berkenaan lalu saya keluar dari rumah dan melihat sebuah botol berisi sejenis cecair berserta sumbu dengan kesan terbakar yang dipercayai bom molotov cocktail di tepi dinding rumah.

"Nasib baik bom itu terpadam, kalau tidak mesti rumah yang kami sewa sejak empat tahun lepas terbakar atau mengalami kerosakan," katanya.

Berikutan itu, beliau yang juga pesara sebuah bank membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan keluarganya dan takut kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Setakat ini kita telah tahan empat lelaki berusia 20 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan menurut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api," katanya. - Bernama
 
huh.. syaitan ada kat situ... tadi dia bagitau aku.. >:) >:) >:)
 
pesal 6 sekeluarga ni taruma tt??taruma tu ape????hehehe
 
ni mesti india gaduh india ni...kalau tak tau jaga mulut india dgn india pun bergaduh...sama jugak melayu dgn melayu gaduh gak..
 
Back
Top
Log in Register