BTC USD 84,603.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 sebab boleh mengumpat

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
1. kena zalim

orang yg dizalimi boleh mengadu kepada org yg boleh menghukum atau mengubah kezaliman yg dialami. Org yg dizalimi boleh menyebut kezaliman yg berlaku kpd org yg berkuasa.

2. Mencegah berlaku kejahatan.

minta tolong org lain dgn mengata keburukan dan kejahatan seseorang manusia dgn tujuan untuk mengubah kemungkaran tersebut dan mengembalikannya kepada syariat dan ajaran Islam.

3. Mahu Fatwa atau hukum.

seseorang itu boleh menyebut keburukan seseorang dihadapan hakim atau org alim untk meminta fatwa atau penjelasan hukum.

sabda Nabi SAW

Hindun bin 'utbah berkata: Sesungguhnya Abu sufyan seorang lelaki yg amat kedekut kerana dia tidak memberi secukupnya nafkah untuk ku dan anakku.

Adakah boleh aku mengambil duitnya tanpa pengetahuannya? Nabi menjawab:

(خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف)
Maksudnya: Ambillah duitnya sekadar untk keperluanmu dan anakmu dgn baik.
(HR Bukhari dan Muslim)

4. Memberi ingatan dan ajaran kpd org Islam.

beri peringatan pd org Islam lain dgn menyebut kejahatan seseorang yg boleh memberi kemudaratan org tersebut.

Contohnya seperti nasihat untuk memilih jodoh, dsb

5. Gelaran seseorang.

Jika seseorg tu terkenal dgn sesuatu gelaran yg buruk dan pelik boleh menyebut nama tersebut utk mengenalinya.

6. Org yg buat jahat secara terang2 dan sengaja.

Boleh mengumpat org itu yg tanpa segan silu buat kejahatan di hadapan org ramai.
 
Last edited:
pada aku tajuk ni tak sesuai... mana ada hukum suruh mengumpat... yg aku tau harus ade la tu pun dlm keadaan2 yg tertentu bg mencari kebenaran pada tempat yg tertentu.... :-?hmmmmm ikut sesedap rase je ni
 
tajuk apa yg sesuai?
 
pembetulan,

mengumpat adalah perbuatan yg keji dan amat ditegah dalam islam. tak ada dalam satu keadaan pun islam suruh umatnya mengumpat.

walaubagaimanapun, mengumpat itu dibolehkan/diharuskan bila terjadi perkara2 yg disebutkan di atas.

wajar kita ingat meskipun mengumpat dibolehkan/diharuskan dengan keadaan tertentu, rasulullah s.a.w tak pernah mengumpat.
 
Mengumpat maksudnya bercakap sesuatu buruk tentang seseorang dan perkara tu adalah betul
Fitnah pula bercakap sesuatu yg tak betul atau mereka2 cerita

Betul ke Rasulullah s.a.w tak pernah mengumpat? Ada hadis? Kalau mcm tu mcm mana Rasulullah nak cerita pasal firaun, qarun, abu jahal, dsb?
 
claim gua tentang rasulullah s.a.w tak pernak mengumpat adalah berdasarkan premis sifat maksum yg ada pada rasul.

gua tak jumpa lagi hadis dan belum sempat cari mana2 rujukan lagi.

kalau ada sesiapa yang boleh bagi dalil adalah amat dialu2 kan.

pernah dengar rasulullah mengumpat abu jahal aka orang yg paling kuat menyakiti baginda?

apa yg di dtgkan dari RasuluLLah SAW adalah benar belaka tp apa yg dtg dari kita hanya la hawa semata2....

p.s. tlg jangan samakan kita dgn RasuluLLah SAW... dan jangan mengambil ringan dlm hal mengumpat ni!

mksud hadis Nabi SAW :

"Tiada beriman seorang kamu sehingga hawanya mengikut apa yg aku bawa"

brdasarkan hadis tersebut di atas.... layakkah kita ni, apatah lagi nak mengumpat..?
 
perbuatan mengumpat memang berdosa, tapi ada sebab2 yg dibolehkan dan menjadikannya tidak berdosa. jadi tak semua perbuatan 'menceritakan kejahatan orang lain' adalah berdosa dan jatuh dalam dosa mengumpat.

yup, Nabi s.a.w memang dijadikan maksum oleh Allah s.w.t

dah you yg keluarkan statement tu, so saya expect you ada dalil...:)
 
apa yg di dtgkan dari RasuluLLah SAW adalah benar belaka tp apa yg dtg dari kita hanya la hawa semata2....

p.s. tlg jangan samakan kita dgn RasuluLLah SAW... dan jangan mengambil ringan dlm hal mengumpat ni!

mksud hadis Nabi SAW :

"Tiada beriman seorang kamu sehingga hawanya mengikut apa yg aku bawa"

brdasarkan hadis tersebut di atas.... layakkah kita ni, apatah lagi nak mengumpat..?

camner maksudnya.... :-?

berdosakah kita mengumpat org yg melakukan maksiat secara terang-terangan
 
Back
Top
Log in Register