kisah/cerita tu ada disebut Firman2 Allah SWT...kat mana Firman2 itu disebutkan kat AlQuran? Hadith Qudsi? kalau Hadith Qudsi siapa perawinya? kat mana?
sedangkan menyebar hadith daif pun dilarang biar pun penuh dgn fadhilat....
Aku sependapat dengan bangzaf. TERUTAMANYA bila disebut mengenai ini.
Kemudian Jibrail as meminta i zin
kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat
izi n dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan
sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail as selama 300 tahun
sehingga
ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:
Sepanjang aku belajar dahulu, malaikat tidak ada perasaan seperti manusia. Tidak berasa lapar, tidak berasa dahaga, jadi - keraguan aku di sini - ADAKAH MALAIKAT JUGA MERASA PENAT?
Sabda Rasulullah lebih kurang begini ertinya-
“Barangsiapa berdusta atas (nama)ku dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya dari Neraka.”
Maksud hadis di atas adalah berdarjat mutawatir (diriwayatkan oleh lebih 60 sahabat yg hidup sezaman dengan Rasulullah.
Itu baru berdusta atas nama Rasulullah. Kalau dusta atas nama Allah, wallahu'alam. Ambil pengajaran pun, ambil pengajaran juga. Tetapi, jangalah membuta tuli. Sampai semua perkara yang berbunyi agama diterima. Aku pun boleh aja buat ayat seperti begini dan sebarkan dalam email.
"Barangsiapa yang mencium telapak kaki kedua ibu bapanya semasa mereka masih hidup, maka dipakaikan dia pakaian syurga dan diharamkan mereka dari mencium bau api neraka".
Bagaimana? Ada bunyi-bunyi Islamik tak? Tapi, betul kah? Memang tak betul lah ayat tu. Sebab aku aja buat sebagai contoh utk ayat-ayat berbunyi agama dan kelihatan indah 'untuk renungan'.
PS: Dengan SERIUS, sebab benda seperti ini dah berulang banyak kali, aku minta pengirim-pengirim artikel selepas ini membuat kajian ringkas terlebih dahulu sebelum mengirimkan rencana-rencana yang berbunyi keagamaan. JADI aku minta diskusi selepas ini hendaklah dibincangkan dengan intelektual, dan bukannya kata-kata seperti "Subhanallah, Masya-Allah, dsb" sebab seolah-olah seperti SPAM, dan tidak mengikuti perbincangan. Posting-posting seperti yang aku sebutkan di atas akan di'delete' atau dikunci tanpa sebarang notis sebab benda ni serius.