underscore
Legendary Member

- Messages
- 19,745
- Joined
- Sep 20, 2008
- Messages
- 19,745
- Reaction score
- 5,497
- Points
- 486
Sesungguhnya sunnah Rasulullah SAW menjadi panduan bagi kita.. Jom baca ttg musafir cara Rasulullah..
1 Memulakan perjalanan pada hari Khamis (jika boleh dilakukan).
“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai
memulai perjalanannya pada Khamis.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
2 Memulakan perjalanan pada waktu malam.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)
3 Menjaga makan-minum agar tidak bercampur dengan perkara yang syubhah.
Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan dalam satu hadis tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan panjang, rambutnya kusut dan berdebu.
Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, dia berucap: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim)
4 Dianjurkan bermusafir dengan berteman
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
5 Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa. Abu Hurairah r.a meriwayatkan,
seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan
memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya.
Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.” (Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)
6 Dianjurkan agar segera kembali ke pangkuan keluarga apabila urusan sudah selesai.
Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:
“Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Semoga info ini bermanfaat untuk semua, Insyaallah

Last edited: