BTC USD 63,768.5 Gold USD 4,478.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6,000 Pati serah diri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Abu Bakar bertanyakan sesuatu kepada Pati yang datang menyerah diri bagi mendaftar dalam program serah diri secara sukarela 3+1 di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Ayer Keroh.
< 1 / 1 >
AYER KEROH – Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) membanjiri Jabatan Imigresen Melaka di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini bagi mendaftar dalam program serah diri secara sukarela 3+1 yang berakhir hari ini.

Tidak kurang daripada 300 orang mendaftar setiap hari sejak awal bulan ini untuk menyertai program yang dilaksanakan 27 Julai lalu bagi membolehkan mereka pulang ke negara masing-masing.

Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, lebih 6,000 Pati mendaftar sehingga 3 Disember lalu melibatkan pungutan kompaun RM840,000.

“Setakat ini Melaka sudah mengutip kompaun mengikut warganegara iaitu Indonesia seramai 2,960, Bangladesh 226 orang, Nepal 189 dan lain-lain negara 168 orang.

“Mereka yang sudah mendaftar untuk mengikut program ini tidak kurang daripada 6,000 orang,” katanya semasa ditemui di kompleks berkenaan, semalam.

Katanya, Pati perlu membawa dokumen diri dan wang tunai RM400 untuk bayaran kompaun RM300 dan pas khas (RM100) serta tiket perjalanan pulang ke negara asal dengan syarat dalam tempoh seminggu selepas mendaftar.

Beliau menasihatkan Pati dan majikan datang segera ke pejabat imigresen sebelum jam 12 malam ini bagi mendaftar dalam program itu bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang yang lebih berat.

“Saya saran mereka segera hadir sertai program ini untuk balik ke negara asal dan yang berdegil sekiranya ditangkap menerusi operasi besar-besaran akan dilakukan selepas ini pasti akan didakwa di mahkamah.

“Bagi melancarkan urusan, kami membuka kaunter sehingga jam 12 malam esok (hari ini) dengan pertambahan kakitangan untuk membolehkan mereka mendaftar,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register