kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,700
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,700
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
59 km Jalan Protokol, Utama Di Kuala Lumpur Diturap Secara Berperingkat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh (kanan) pada sidang media mengenai beberapa jalan protokol di Kuala Lumpur sepanjang 59 kilometer yang akan diberi nafas baharu secara berfasa di Menara Satu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malam ini. Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud (kiri). --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jalan protokol dan utama sepanjang 59 kilometer (km) di sekitar ibu negara melibatkan keluasan kira-kira 1.3 juta meter persegi bakal diberi nafas baharu menerusi Program Turapan Lapan Jalan.
Inisiatif terbaharu itu, yang dibahagikan kepada dua fasa, menyasarkan peningkatan jangka hayat turapan jalan raya hingga 50 peratus selain memastikan kawasan terlibat 100 peratus bebas daripada masalah jalan berlubang.
Fasa pertama, yang melibatkan lima laluan, mula dilaksanakan secara berperingkat bulan ini, dengan jumlah kos keseluruhan RM61.64 juta dalam tempoh 24 minggu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata fokus utama Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tahun 2026 ialah kembali kepada perkhidmatan asas demi memastikan kebajikan dan keselamatan warga kota sentiasa terpelihara.
“Bagi perbelanjaan kali ini, jangka hayat (jalan) dijangka meningkat hingga 50 peratus berbanding tampalan biasa sekali gus mengurangkan kos penyelenggaraan hingga 40 peratus... kali ini perbelanjaannya besar tetapi kita mahu pastikan ia berbaloi,” katanya pada sidang media selepas meninjau kerja-kerja penurapan jalan di sini malam ini.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.
Hannah berkata kerja-kerja itu hanya dimulakan pada waktu malam, iaitu antara 10 malam hingga 5 pagi supaya tidak mengganggu waktu puncak trafik.
“Jadi, pengguna diminta bersabar kerana jalan raya utama ini tidak boleh ditutup sepenuhnya... ini merupakan keseimbangan terbaik yang boleh kita laksanakan,” katanya.
Sementara itu, Fadlun memaklumkan DBKL memperuntukkan belanjawan khas melebihi RM100 juta bagi menjayakan keseluruhan projek penurapan secara komprehensif itu, dengan fasa kedua melibatkan laluan sepanjang lebih 15 km dengan kos RM43 juta.