BTC USD 28,037.8 Gold USD 1,979.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 tempat duduk stadium tercabut

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
image.jpg

Antara kerusi di ruang tempat duduk terbuka Stadium MPT yang dicabut segelintir penonton yang bertindak liar pada penghujung perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia pertemuan Felda United dan Selangor yang berkesudahan seri 3-3.

TEMERLOH – Sekurang-kurangnya lima tempat duduk stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) rosak dicabut segelintir penyokong pelawat yang bertindak liar pada pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia membabitkan pasukan Felda United dan Selangor di sini malam Jumaat lalu.

Terdapat juga kerusi yang dicabut dan dibaling ke arah balapan sebaik sahaja pemain gentian pasukan tuan rumah Indra Putra Mahyuddin menyumbat masuk gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan yang menyaksikan Selangor tumpas 3-7 secara agregat.

Tinjauan Sinar Harian pada Sabtu lalu menyaksikan kawasan tempat duduk terbuka yang dikhaskan untuk penyokong pelawat turut dipenuhi kelonsong suar yang dibakar beramai-ramai pada penghujung perlawanan itu.

Kerosakan pada stadium itu adalah yang pertama selepas MPT menerima bajet RM3 juta bagi menaik taraf tempat duduk stadium itu daripada berkapasiti 5,000 kepada 8,000 penonton pada tahun lalu.

Kerosakan pada stadium yang menjadi kebanggaan warga Temerloh itu turut menjadi viral di laman sosial apabila ramai peminat setia bola sepak menyesali kejadian yang berlaku itu.

Sementara itu Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang Datuk Akbar VV Abu ketika dihubungi enggan mengulas perkara tersebut kerana beliau belum melihat sendiri kerosakan tersebut dan masih berada di luar daerah.

Turut menjadi persoalan bagaimana penyokong boleh menyelinap masuk suar yang dibakar beramai-ramai dan mercun yang dua kali meletup dalam perlawanan itu.

Insiden yang berlaku pada malam itu bagaimanapun tidak merebak keluar apabila penonton mula keluar dari stadium kerana hujan lebat.

Sumber polis memaklumkan tiada tangkapan dibuat pada malam kejadian walaupun berlaku sedikit insiden pembakaran mercun dan suar pada penghujung perlawanan.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/stadium-rosak-angkara-penyokong-liar-1.324043
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register