eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
JOHOR BAHRU - Penantian yang tak berpenghujung.
Mungkin itu yang boleh digambarkan perasaan para ibu bapa murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kong Kong Laut, Masai apabila penantian selama lima tahun untuk mendapatkan makmal komputer tak kunjung tiba.
Mereka mendakwa, beberapa tahun lalu, memang sudah ada sebuah bilik di sekolah itu telah dikhususkan untuk makmal komputer.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Md. Rafi Laitang berkata, entah apa silapnya, sehingga sekarang tiada khabar berita berkenaan makmal berkenaan.
Apa yang lebih dikesalkan, katanya, bilik yang diperuntukkan untuk membina makmal di sekolah yang berusia hampir 50 tahun itu akhirnya bertukar menjadi bilik pelajar prasekolah.
"Usaha untuk mendapatkan bantuan mengenai masalah itu daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Gudang seolah-olah tidak diendahkan.
"Adakah kerana rata-rata murid di sini terdiri dari kalangan anak nelayan, mereka tidak mempunyai hak untuk mendalami ilmu teknologi komunikasi dan maklumat?" soalnya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, pihaknya turut kesal apabila hasrat untuk menemui pegawai pelajaran di situ bagi membincangkan keperluan anak-anak mereka tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
Katanya, apa yang diketahui, bilik darjah itu sudah lebih dua kali diukur dan diberitahu untuk dibuat makmal komputer bagi 186 murid di sekolah tersebut.
"Namun apa yang terjadi, akhirnya bilik itu digunakan untuk kegunaan murid prasekolah.
"Saya sendiri tidak tahu kepada siapa lagi perlu saya utarakan masalah ini," katanya.
Nak tau dimana silapnya? Pi ler SEKSYEN 19 Shah Alam cari tauke kedai dhobi nama Radzi tanya dia apa dah jadi. Dia boleh kasi tau detail. 5 tahun dulu aku larang dah jangan jadi balaci umno tukang jual projek. Naya budak sekolah saja nanti.
Ringkas cerita: Satu makmal harga tander RM50K tapi yang dapat kontractor umno yang nak untung segera jual job. lama-lama tinggal RM25K cost nak buat makmal RM23K untung sikit sangat tu yang ada kes bumbung makmal runtuh sebelum diduduki dulu

Last edited: