roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
AMPANG: Biarpun usia baru belasan tahun sekumpulan lima pelajar dikatakan bertindak seperti samseng apabila mereka mengamuk dan membelasah dua rakan sebaya di sebuah sekolah di Bandar Baru Ampang, dekat sini, kelmarin.
Bersenjatakan kayu dan besi, lima pelajar samseng berkenaan membelasah dua mangsa terbabit hingga menyebabkan seorang daripadanya mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa menerima empat jahitan.
Menurut sumber polis, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika dua mangsa terbabit berada di kawasan sekolah dan dalam perjalanan pulang.
“Kumpulan pelajar tingkatan dua itu dikatakan mengepung dua mangsa terbabit yang juga rakan sebaya mereka ketika berada di kawasan sekolah.
“Mereka kemudian secara tiba-tiba membelasah mangsa menggunakan kayu dan besi,” katanya.
Sumber terbabit berkata, seorang daripada mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dengan kayu manakala rakannya pula mengalami kecederaan di leher selepas dipukul dengan besi.
“Mangsa terpaksa dihantar ke hospital dan menerima empat jahitan kerana luka di kepala,” katanya.
Berikutan kejadian itu, seorang guru berkenaan kemudian membuat laporan polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian terbabit.
Menurutnya, polis masih menyiasat motif kejadian dan identiti semua suspek yang memukul mangsa sudah dikenal pasti.
“Kita juga sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan yang berlaku di pasar segar Taman Industri Lembah Jaya, cubaan dua lelaki yang mahu merompak sebuah kedai runcit gagal apabila pemilik kedai terbabit bertindak melawan.
Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengahari itu dilihat orang ramai yang kemudian cuba membantu pemilik kedai berkenaan yang sedang bergelut dengan suspek.
Sumber berkata, menyedari orang ramai mengerumuni mereka, dua suspek terbabit kemudian melarikan diri dengan motosikal jenis Suzuki.
“Siasatan awal mendapati dua suspek terbabit membawa senjata seakan-akan pistol, namun tiada tembakan dilepaskan,” katanya.
Berikutan itu, polis kini sedang menjejaki dua suspek berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya di talian 03-4252 2222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.