TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Shah Alam: Lima pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menggondol Anugerah Berlian bagi kategori Pencipta pada Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk 2014 (iidex2014), semalam selepas ciptaan mereka turut memenangi Pingat Emas pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) tahun lalu.
Mereka menerima anugerah pada majlis penutup program bagi reka cipta lampu dwifungsi yang mampu bertindak sebagai ‘router’ untuk sambungan Internet tanpa wayar (WiFi).
Ketua projeknya, Profesor Madya Dr Mohd Tarmizi Ali berkata, idea bagi mencipta produk itu tercetus tahun lalu apabila melihat keupayaan plasma yang mampu bertindak sebagai bahan konduktor dan menjadi antena untuk memberi isyarat WiFi.
Menurutnya, plasma yang boleh didapati dalam tiub lampu kalimantang boleh dikumpul dan dikawal menggunakan medan elektromagnetik yang akan membenarkan plasma ini digunakan sebagai gas reaktif terkawal.
“Apabila gas itu dicaj secara elektrik atau diionkan kepada plasma, ia menjadi konduktor dan membenarkan isyarat frekuensi radio untuk dihantar dan diterima melaluinya,” katanya kepada pemberita, semalam.
Katanya, bagi melaksanakan projek yang mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan itu, mereka menggunakan tiub lampu kalimantang berukuran 0.61 meter dan berdiameter 0.25 meter sebagai antena plasma yang dikuasakan dengan bekalan kuasa 240V.
Katanya, apabila tiub kalimantang itu bercahaya, ia menandakan gas di dalam tiub itu sudah terion dengan plasma membentuk kolum plasma dan ketika itu plasma akan menjadi sangat konduktif dan boleh digunakan sebagai antena bagi memberi isyarat WiFi.
“Antena bersifat dwifungsi kerana selain bertindak sebagai antena untuk memberi isyarat WiFi, ia juga boleh digunakan sebagai lampu.
“Berdasarkan Petunjuk Kekuatan Isyarat WiFi yang Diterima (RSSI), antena ini mampu mengeluarkan isyarat dengan kekuatan yang tinggi menjangkau sejauh 12 meter, malah proses pengionan akan menyebabkan tiub itu bercahaya dan ia boleh digunakan sebagai lampu untuk menerangi kawasan persekitaran,” katanya.
Menurutnya, produk direka pada frekuensi 2.4 GHz itu mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan dan sudah menarik minat beberapa agensi swasta tempatan.
Foto
DR Mohd Tarmizi (tengah) bersama kumpulan penyelidiknya termasuk pensyarah.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/5pensyarahUiTMcemerlang/Article/index_html