BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Objektif Utama PPN

FB_IMG_1628424853999.jpg

Indikator Pelan Pemulihan Negara: Kes Harian COVID-19 Digantikan Dengan Kes Kemasukan Hospital Baharu Bergejala Bagi Negeri Di Fasa 1 Yang Mencapai Kadar Vaksinasi Lengkap Sekurang-kurangnya 50% Penduduk Dewasa ⠀

Selaras dengan nasihat pakar kesihatan, serta pengalaman antarabangsa dan domestik yang menunjukkan bahawa peningkatan kadar vaksinasi dapat menurunkan beban kepada kapasiti kesihatan awam, Majlis Pemulihan Negara telah bersetuju untuk menggantikan indikator Kes Harian COVID-19 kepada Kes Kemasukan Hospital Baharu Bergejala bagi negeri di Fasa 1 yang telah mencapai kadar vaksinasi lengkap sekurang-kurangnya 50% penduduk dewasa. ⠀

Nilai ambang bagi indikator baharu ini adalah berdasarkan bilangan kes COVID-19 dalam kategori 3,4 dan 5 di mana pesakit memerlukan bantuan pernafasan di hospital. Namun, indikator lain seperti kadar penggunaan katil ICU dan kadar vaksinasi penduduk dewasa masih kekal bagi peralihan suatu fasa kepada fasa yang lain. Sebagai contoh, sehingga negeri seperti Johor, Lembah Klang dan Kedah mencapai kadar vaksinasi lengkap sekurang-kurangnya 50% penduduk dewasa, indikator sedia ada masih terpakai. ⠀

Antara pengalaman domestik yang telah menyumbang kepada pembaharuan ini adalah pengalaman Labuan dan Sarawak di mana setelah kedua-dua negeri ini mencapai kadar vaksinasi lengkap 50% dewasa pada bulan Julai, penggunaan kapasiti wad ICU telah menurun bagi kedua-duanya dan mencapai tahap “Mencukupi”.

Facebook Tengku Zafrul
 
VAKSINASI LENGKAP | Tiga Aspek Diberi Perhatian Urus Pandemik

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau sering menekankan tiga aspek utama yang harus diberikan perhatian dalam menguruskan pandemik COVID-19.

 
PPN | Pacu Semula Sektor Perniagaan - MEDAC

Kelonggaran bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap diharap dapat membantu menggerakkan kembali sektor perniagaan - Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

 
PELAN PEMULIHAN NEGARA | Perlis Pantau Peningkatan Kes Selepas Masuk Fasa 3

Kerajaan Negeri Perlis bimbang kemungkinan berlaku peningkatan kes COVID-19 selepas beberapa kelonggaran diberikan melalui peralihan Fasa 3 PPN yang bermula Rabu minggu lalu.

 
NEGERI FASA 2, 3 | Satu Permulaan Baik, Namun Perlu Diperluas

Persatuan PKS Malaysia menyifatkan pembukaan sektor ekonomi bagi negeri di fasa kedua dan ketiga, satu permulaan yang baik.

Menurut Naib Presidennya, Chin Chee Seong, ia petunjuk positif kerajaan memahami betapa buruknya situasi yang dihadapi PKS ketika ini.

 
PPN | Kedah Dijangka Beralih Ke Fasa 2 Oktober Ini

Kedah dijangka beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang Oktober ini.

Exco Kesihatan Negeri, Datuk Doktor Mohd Hayati Othman berkata, sasaran itu bagaimanapun hanya akan dapat dicapai sekiranya kadar vaksinasi rakyat di negeri itu dapat ditingkatkan dan mencapai imuniti kelompok.

 
Back
Top
Log in Register