BTC USD 97,769.8 Gold USD 2,867.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Maut Kemalangan Di Pekan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,194
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,194
Reaction score
7,151
Points
916
Awards
1
11.01.2025 - Lima maut manakala dua cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, hari ini. Mereka yang maut, masing-masing seorang lelaki dan wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman, berkata setakat ini, identiti lima mangsa belum dikenal pasti. Katanya, berdasarkan laporan, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kes kemalangan jalan raya membabitkan kereta Proton Wira Aeroback dan kenderaan serba guna (MPV) pada jam 7.14 petang.


"Seramai 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin diarahkan ke lokasi kejadian bersama jentera dan tiba di lokasi pada jam 7.34 petang. Balai bantuan turut digerakkan ke lokasi iaitu dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dengan 10 anggota dan jentera," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki lima mangsa bertembung dengan sebuah MPV Nissan Grand Livina yang dinaiki dua individu, masing-masing seorang lelaki dan wanita dewasa. Akibat kemalangan itu, katanya, wanita yang menaiki Grand Livina tersepit manakala mangsa lelaki tidak tersepit dan mengadu mengalami kesihatan di bahagian pinggang.

"Sementara itu, lima mangsa yang berada di dalam kereta Proton Wira Aeroback tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Rompin manakala lima mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
1736606811137.png
 
Back
Top
Log in Register