alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
LIMA,- Sebuah bas penumpang terjunam jatuh ke dalam sebuah gaung di pergunungan Andes di selatan Peru hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 10 yang lain cedera.
Menurut pegawai polis, Kapten Juan Suarez, lebih 50 penumpang berada di dalam bas itu semasa kenderaan itu yang sedang melalui antara Arequipa dan bandar Santa Tomas, berdekatan Cusco, terbabas daripada jalan raya dan terjatuh 200 meter ke kawasan pinggir gunung.
“Seramai 40 orang telah terkorban setakat ini, dan saya tidak dapat pastikan jumlah sebenar mereka yang tercedera, tetapi dianggarkan mereka yang tercedera ialah seramai 10 orang,” kata Suarez kepada AFP.
Selain itu, katanya, kejadian itu berlaku awal hari ini di wilayah Chumbivilca, kira-kira 1,100 kilometer daripada ibu negara Lima.
Polis dan pasukan bomba telah diarahkan berada di tempat kejadian dan kini sedang menjalankan operasi mencari dan memindahkan mereka yang tercedera ke hospital. - AFP