BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

40 kali sawan dalam tempoh 24 jam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Erinna Natashya yang sering diserang penyakit sawan tarik.
< 1 / 1 >
SUNGAI PETANI - “Cuba bayangkan pernah suatu ketika semasa kecil, anak diserang sawan tarik sebanyak 40 kali dalam tempoh 24 jam."

Demikian luahan seorang ibu kepada empat anak, Rosnani Abd Rahim, 47, berhubung anak bongsu, Erinna Natashya Mohd Sohaimi, 5, yang diserang sawan tarik sejak berusia lapan bulan.

Menurut Rosnani, walaupun sudah berusia lima tahun, anaknya tidak seperti kanak-kanak lain walaupun pada zahirnya tidak nampak sebarang perbezaan.

“Dia masih memerlukan penjagaan sepenuh masa kerana mudah terjatuh, jari kanan tidak dapat menggenggam sesuatu, hanya boleh makan makanan lembut dan masih belum pandai bercakap,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dia kini terpaksa berulang-alik mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan Hospital Pulau Pinang.

Rosnani berkata, bukan sahaja ubat-ubatan hospital yang menjadi peneman Erinna Natashya setiap hari malah, sudah lebih 100 pengamal perubatan tradisional juga sudah ditemui.

Tetapi katanya, penyakit Erinna Natashya masih belum dapat diubati.

“Setiap malam saya perlu berjaga bagi memastikan keadaannya sentiasa baik terutama ketika sawannya menyerang tanpa mengira masa.

“Pernah sekali dia diserang sawan pada tengah malam, disebabkan saya terlelap sekejap, habis giginya berdarah dan luka,” katanya.

Rosnani berkata, anaknya juga mendapat Bantuan Am dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150.

“Bantuan itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban keperluan lampin pakai buang dan susunya setiap bulan,” katanya.

Menurutnya, dia seorang suri rumah dan kadang kala mengambil upah menjahit sementara suami bekerja sebagai pemandu lori serta sering keluar daerah.

Mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sebarang bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 02300-41-00016928-1 atas nama Rosnani Abd Rahim.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/40-kali-sawan-dalam-tempoh-24-jam-1.209578
 
Back
Top
Log in Register