TERKINI! TERKINI ! HOT
Empat ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat akan berlepas ke Taiwan pada jam 2.00 petang esok hari Jumaat. Mereka akan mengambil pesawat udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Delegasi PKR ini akan menginap di Hotel Sheraton Taipei 12, Chung Hsiao East Road, Section 1, Taipei 100, Taiwan.
Ketua Penerangan PKR, Sdr Tian Chua telah memberi tahu Tukar Tiub bahawa 49 ahli-ahli parlimen Barisan Nasional akan juga menginap di hotel yang sama.
Menurut Tian Chua , beliau telah mula berhubung dengan beberapa ahli parlimen tersebut. Bila Tukar Tiub meminta siapakah YB yang dihubungi, Ketua Penerangan PKR ini telah enggan memberitahu nama-nama mereka.
Sdr Tian Chua juag memberitahu bahawa 'pertemuan' antara delegasi PKR dengan 49 YB Barisan Nasional itu pasti akan berlaku.(TT)
Dah duduk satu hotel, Karaoke terus la