BTC USD 85,683.2 Gold USD 4,164.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 nelayan jadi lanun

black_world

Junior Member
Messages
99
Joined
Jul 3, 2009
Messages
99
Reaction score
1
Points
11
KOTA KINABALU: Empat nelayan tempatan ditahan semalam untuk membantu siasatan kes samun ala lanun di Pantai Barat perairan Sabah.

Ketua Polis Negeri, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata kesemua lelaki berumur antara 25 hingga 33 tahun itu diberkas di rumah masing-masing iaitu seorang di Kota Kinabalu dan tiga lagi di Kudat jam 4 pagi.

"Kesemua suspek ditahan berdasarkan laporan kes samun di perairan berhampiran Pulau Tiga, membabitkan sebuah bot dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan Polis Sabah di sini, hari ini.

"Sudah bertahun lamanya kita tidak mendengar kes samun di Pantai Barat dan ini adalah yang pertama seumpamanya. Kami percaya penyamun mensasarkan bot-bot yang memulakan perjalanan selepas jam 7 malam," katanya lagi.
 
Tangkap ikan payah nak kaya :((
 
Back
Top
Log in Register